Selasa, 8 Mac 2016

MALAM JELAJAH ANGKASA



In Sya Allah pada 9hb. April 2016 Akademi Al Quran Annajah akan mengadakan satu program astronomi yang dikenali dengan nama "Malam Jelajah Angkasa".

Program ni merupakan program ketiga saya.. Dua Program Malam Jelajah Angkas  adalah di

  1. SRA Kg. Melayu Ampang pada 28hb. Julai 2007
  2. .Masjid Ubudiah, Tasek Tambahan Ampang pada 11hb. April 2009. ( Sila klik disini ) 
Kali ini Program Malam Jelajah Angkasa akan diadakan diluar kawasan Ampang.



Masjid Bandar Bukit Puchong telah dipilih  sebagai lokasi Malam Jelajah Angkasa kali ini. Seluruh masyarakat Puchong dan kawasan sekitarnya dijemput Hadir ke  program yang julung julung kali diadakan di tempat anda.

Antara objektif utama program ini adalah ingin memperlihatkan kepada masyarakat tanda tanda kekuasaan Allah yang menciptakan Manusia, matahari, bulan dan alam ini.

Program ini terbuka untuk semua  dan TIADA bayaran Masuk dikenakan. Golongan Pendidik dan Pelajar amat dialu alukam menyertai program ini.


Ajensi yang terlibat dalam Program Malam Jelajah Angkasa ini ialah
  • Falak Online
  • Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia ( JUPEM )
  • Jabatan Mufti Negeri Selangor
  • Jabatan Fizik Angkasa UM

Tentatif Program
  1. Talk Show Jelajah Angkasa
  2. Mencerap bulan dan planet menggunakan teleskop
  3. Tranfomasi Tarikh Masihi ( 2016M ) ke Hijri ( 1437H )
  4. Pameran astronomi
  5. Pendaftaran ke Seminar Falak Syar'ie
Catatan
Seminar ini akan diadakan pada 15 hingga 17hb. April 2016 di Baheera Hill View Camp,
Pangsun, Hulu Langat.

Maklumat Lanjut,Sila baca info dibawah atau  Sila klik si sini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan