PENGENALAN



AKADEMI AL QURAN ANNAJAH  (ANNAJAH ) telah ditubuhkan oleh Ustaz Haji Juhari Noor b. Hj Jaafar pada 29 November 2015 bersamaan 6 Safar 1436H untuk sebuah institusi tahfiz di Ampang.


Namun pada 18 Jamuari 2016 bersamaan 7 Rabiul Akhir 1437H AKADEMI AL QURAN ANNAJAH tidak lagi bersama tahfiz sebaliknya bergerak sendirian sebagai institusi dakwah dan pengajian berteraskan alQuran.


Perkataan AKADEMI AL QURAN merujuk bahawa ANNAJAH merupakan sebuah pusat penyebaran ilmu ilmu yang berteraskan kepada Al Quran dan Sunnah.

Adapun kalimah ANNAJAH membawa maksud Kejayaan iaitu membawa kejayaan di dunia dan Kejayaan di Akhirat



Akademi Al Quran Annajah kini beroperasi di No 295, Jalan Ikan Emas, Kampung Tasek, Ampang Selangor.


Sebagai langkah permulaan, aktiviti ANNAJAH tertumpu kepada penganjuran program astronomi seperti Malam Jelajah Angkasa di Masjid Bandar Bukit Puchong. Puchong, Selangor.

Adalah menjadi cita cita Akademi Al Quran Annajah untuk menubuhkan sebuah pusat pengajian Bahasa Arab atas nama AKADEMI AL QURAN ANNAJAH.


Justeru itu, kami amat menghargai dan mengalu alukan sokongan dan sumbangan daripada seluruh anggota masyarakat samada dari segi pandangan, tenaga, kewangan dan keterlibatan di dalam program program yang dianjukan oleh AKADEMI AL QURAN ANNAJAH.

Pemandangan di Baheera Hill View Camp,
Hulu Langat, Selangor.

Semoga dengan kewujudan dan komitmen AKADEMI AL QURAN ANNAJAH ini dapat mencetuskan satu idea pembaharuan fikrah islamiah yang akan menyumbang kepada pembangunan serta kejayaan umat Islam.

Firman Allah


كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ  ﴿آل عمران: ١١٠

Maksudnya
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat , kamu menyuruh kepada  kebaikan dan melarang perkara yang munkar (buruk dan keji) dan beriman kepada Allah.
Surah Ali Imran ayat 110

Tiada ulasan:

Catat Ulasan