Jumaat, 30 Jun 2017

ADAKAH IBLIS ITU DARI GOLONGAN JIN ATAUPUN MALAIKAT


Sebut sahaja nama Iblis semua orang akan kenal dan tahu akan kisahnya yang enggan sujud kepada Nabi Adam a.s.

📚 Firman Allah

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ﴿٣٤﴾ البقرة

Maksudnya
Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya sujud melainkan Iblis; ia enggan dan takbur dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
Surah alBaqarah ayat 34

Imbas kembali ayat di atas menunjukkan seolah olah Iblis itu dari golongan Malaikat. Adakah iblis itu dari golongan Malaikat ?

Iblis atau Azazil adalah tergolong dalam golongan Jin.

Menurut kitab tafsir Munir dan Showi, Iblis beribadah pada Allah dalam masa 80 000 tahun, thowaf di Baitul Makmur dan Arsy selama 14 000 tahun. Tiada satu tempatpun di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya kepada Allah SWT.

Lantaran itu Iblis begitu dihormati para Malaikat dilangit pertama hingga di langit  ketujuh .

Di atas ketaatannya, maka Allah angkat darjatnya menjadi penghulu kepada Malaikat, makhluk yang diciptakan daripada cahaya.

 IBLIS DARI GOLONGAN JIN 

 :  : HUJJAH PERTAMA   
Keterangan dari AlQuran

Firman Allah

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ    ﴿٥٠﴾ الكهف

Maksudnya
Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya.
Surah al Kahi ayat 50

 :  :  HUJJAH KEDUA   
Alasan iblis enggan sujud kepada Nabi Adam
 " engkau ciptakan aku dari api "

📚Firman Allah

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ﴿١٢﴾ الأعراف

Maksudnya
Allah berfirman: "Apakah yang menghalang engkau daripada sujud ketika Aku perintahkan? Iblis berkata "Aku lebih baik daripadanya ( Adam ), Engkaui jadikanku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.
Surah al A'raf ayat 12

Dan makhluk yang diciptakan dari api adalah Jin.

Firman Allah

وَالْجَانَّ خَلَقْنَاهُ مِن قَبْلُ مِن نَّارِ السَّمُومِ ﴿٢٧﴾ الحجر

Maksudnya
Dan Jin Kami ciptakannya dari dahulu lagi daripada api yang sangat panas
Surah al Hijr ayat 27

  :  :  HUJJAH KETIGA   
Akibatnya, Iblis telah diusir dari syurga dan dicampak ke dalam neraka.

Firman Allah

قَالَ اخْرُجْ مِنْهَا مَذْءُومًا مَّدْحُورًا لَّمَن تَبِعَكَ مِنْهُمْ لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنكُمْ أَجْمَعِينَ ﴿١٨﴾ الأعراف

Maksudnya
Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina lagi terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang mengikutmu sudah  pasti aku akan penuhkan neraka jahanam daripada kamu semuanya
Surah al A'raf ayat 18

Dan sesungguhnya Allah sediakan syurga dan neraka hanya kepada dua golongan ini iaitu Manusia dan Jin.

📚Firman Allah

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ َ ﴿١٧٩﴾ الأعراف

Maksudnya
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia
Surah al A'raf ayat 179

Maka jelaslah di sini bahawa Iblis itu adalah dari golongan dan bukannya Malaikat.

Jumaat, 23 Jun 2017

ISRAIL ADALAH GELARAN KEPADA NABI YAAKOB A.S


Dalam bahasa Hebrew ( Ibrani @ bahasa Yahudi ) kalimah Israil terdiri daripada dua patah perkataan iaitu   Isra  dan  il .

Isra  bermaksud hamba dan
  il  pula bermaksud tuhan. Rangkuman dua perkataan ini membawa erti hamba tuhan atau lebih tepat lagi Hamba Allah.

Kalimah Israil di dalam alQuran adalah nama lain kepada Nabi Allah Yaakob a.s.

 Firman Allah 

كُلُّ الطَّعَامِ كَانَ حِلًّا لِّبَنِي إِسْرَائِيلَ إِلَّا مَا حَرَّمَ إِسْرَائِيلُ عَلَىٰ نَفْسِهِ مِن قَبْلِ أَن تُنَزَّلَ التَّوْرَاةُ
﴿٩٣﴾ ال عمران

Maksudnya
Segala jenis makanan adalah halal bagi Bani Israil melainkan apa yang Israil (Nabi Allah Yaakub) haramkan atas dirinya sebelum diturunkan Kitab Taurat.
Surah Ali Imran ayat 93

 Disebalik pagar inilah makam Nabi Yaakob a.s.

Selain daripada itu, kalimah Israil pernah wujud pada sebuah kerajaan Bani Israil yang diasaskan oleh Nabi Daud a.s..

Namun setelah kewafatan Nabi Sulaiman (anak kepada Nabi Daud ) kerajaan ini berpecah kepada dua.

Kni, kalimah Israil ini telah diguna pakai pada sebuah Negara Haram Yahudi di atas bumi Palestin.


Dan di atas kekufuran dan tindakan mereka membunuh Nabi Nabi Allah maka gelaran ini ( ISRAIL ) tidak layak sama sekali buat mereka.

 Firman Allah 


ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّـهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُوا يَعْتَدُونَ ﴿ ٦١﴾ البقرة

Maksudnya
Yang demikian itu disebabkan mereka kufur dengan ayat-ayat Allah dan mereka membunuh Nabi-nabi tanpa Hak. Yang demikian itu mereka telah menderhaka dan mereka melampaui batas.
Surah al Baqarah ayat 61


Justeru itu, seandainya kita hendak mencela kaum ini maka jangan sekali kali kita menyebut  " Israil " Laknatullah kerana kalimah Israil itu akan kembali kepada Nabi Allah Yaakob a.s.

Dalam erti kata lain kita tidak kutuk Yahudi sebaliknya kita kutuk Nabi Allah Yaakob a.s.

Sebaiknya cukuplah kita berkata ;
" Yahudi Laknatullah " atau...

  الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِم
Yang dilaknat atas mereka

Selasa, 13 Jun 2017

HUKUM BERBUKA PUASA SEBELUM AZAN @ MATAHARI TERBENAM


PENDAPAT PERTAMA 🌻
  • Wajib menahan diri daripada melakukan perkara perkara yang membatalkan puasa
  • Wajib menggantikannya ( Qadha ) 

Ini adalah berdasarkan pendapat jumhur ulama.

Ibnu Qudamah berkata dalam Kitab Al-Mughni, 4/389, "Ini merupakan pendapat jumur ulama dari kalangan fuqaha serta yang lainnya."

Syeikh Ibn Baz pernah ditanya, tentang sebagian orang yang berbuka, kemudian terbukti bahwa matahari belum terbenam.

Beliau menjawab, "Orang yang mengalami hal seperi itu, hendaknya dia kembali menahan dirinya hingga matahari terbenam. Dan dia wajib mengqadha' puasanya.

Sebagaimana halnya di pagi hari  30 Sya'ban, kemudian diberitakan hari itu mengatakan bahawa hari itu jatuhnya  satu Ramadan, maka ia wajib menahan diri (dari perkara yang membatalkan puasa) dan mengqadha' puasanya hari itu menurut jumhur ulama.

Majmu Fatawa Ibn Baz, 15/288

PENDAPAT KEDUA 🌻
  • Puasanya sah dan tidak wajib  Qadha. 

Pendapat ini diriwayatkan dari Mujahid Al-Hasan, Ishaq, Ahmad, Al-Muzani dan  Ibnu Khuzaimah serta dipilih oleh Ibnu Taimiyah dan dikuatkan oleh Ibnu Utsaimin.

(Lihat Fathul Bari, 4/200, Majmu Fatawa Ibnu Taimiyah, 25/231, Asy-Syarh Al-Mumti, 6/402-408)

Mereka berdalilkan kepada hadith  riwayat Bukhari dari Asma binti Abu Bakar As-Siddiq

أَفْطَرْنَا عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ غَيْمٍ، ثُمَّ طَلَعَتِ الشَّمْسُ

“Kami pernah berbuka puasa di zaman Nabi s.a.w. pada saat mendung, kemudian tiba-tiba matahari muncul ” (HR. Bukhari 1959).

Al-Hafiz berkata, "Hadits Asma tidak menetapkan di dalamnya, apakah wajib Qadha atau tidak."

PENDAPAT YANG RAJIH 🌻

Pendapat yangrajih adalah pendapat yang pertama. Ini adalah kerana Nabi telah mengisyaratkan kepada kita dengan jelas sekali bila masuknya waktu untuk berbuka.

Sabda Nabi s.a.w.

إِذَا أَقْبَلَ اللَّيْلُ مِنْ هَا هُنَا ، وَأَدْبَرَ النَّهَارُ مِنْ هَا هُنَا ، وَغَرَبَتْ الشَّمْسُ فَقَدْ أَفْطَرَ الصَّائِمُ

“Apabila malam datang dari arah sini, dan siang siang menghilang dari arah sini, serta matahari telah tenggelam maka orang yang puasa boleh berbuka.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Puasa akan terbatal bila mana kita berbuka sebelum terbenamnya matahari dan ianya wajib diganti.

Sungguhpun demikian tidak bermakna ia boleh melakukan perkara perkara yang membatalkan puasa malah ia hendaklah menahan dirinya ( imsak ) dari melakukan perkara tersebut sehinggalah terbenamnya matahari.

 والله اعلم

Disediakan oleh
Haji Jim Nun al Urduni
Akademi AlQuran Annajah
Ampang,
Selangor.

🌻🍏🍎🍊🍇🌷

Rabu, 24 Mei 2017

PERINGATAN DAN MENGINGATIKU


Firman Allah

وَمَنْ أَعْرَضَ *عَن ذِكْرِي* فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ ﴿١٢٤﴾

Maksudnya
Dan barang siapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".
Surah Taha ayat 124

Ada yang menterjemahkan ( عَن ذِكْرِي )
sebagai
1  Daripada Peringatanku
2  Daripada Mengingatiku
3  Daripada Berzikir kepadaku

No 1 adalah terjemahan yang paling tepat kerana kalimah ( ذِكْرِي ) itu adalah   kata nama ( اسم ) maka ia henaklah  diterjemahkan dengan kata nama ( اسم ) juga iaitu *Peringatanku* sedangkan no.  2 dan 3 ( mengingatiku & berzikir kepadaku ) datang dalam bentuk kata kerja ( فعل ).

Bukti ( ذِكْرِي ) itu Kata nama ( اسم ) adalah
✅ Dihadapannya huruf Jar ( عَن  )
✅ Disandarkan dengan huruf ( ی  ) yang bermaksud Aku
 ✅ Huruf Jar dan huruf ( ی  ) sekali kali tidak akan masuk pada kata kerja ( فعل ).

Disediakan oleh...
Haji Jim Nun al Urduni
Akademi AlqQuran Annajah
Ampang,
Selangor.

🍏🌹🍎🌻🍇🍑🍊