Rabu, 30 Ogos 2017

INFO HARI RAYA



Kalimah 'Aid ( عیذ ) dalam bahasa Arab adalah bermaksud Hari raya. Dalam Islam ada dua hari raya sahaja iaitu
  1. Aidil Fitri     (  عید الفطری )  
  2. Aidil Adha   (  عید الأضحی )
Kalimah Fitri dalam bahasa Arab bermaksud Fitrah manakala kalimah Adha pula bermaksud sembelihan.

Dinamakan Adha kerana pada hari itu umat Islam seluruh dunia melakukan sembelihan yang merujuk kepada ibadah kurban bagi menzahirkan rasa syukur diberikan nikmat.

Firman Allah

        فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ﴿الكوثر: ٢﴾

Maksudnya
Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)
Surah al Kauthar ayat 2

Selain daripada itu Aidil Adha juga dikenali sebagai hari raya haji.

Pada dua hari raya ini dan tiga hari daripada Hari Tasyrik, kita disunatkan bertakbir memuji dan membesarkan Allah.

         
 TAKBIR HARI RAYA  


# *Kemaskini* #

🌹 *TAKBIR HARI RAYA* 🥀


اللَّـهُ أَكْبَر ُ٠ اللَّـهُ أَكْبَرُ ٠ اللَّـهُ أَكْبَرُ ٠ لا إِلَـٰهَ إِلاَّ اللَّـهُ وَاللَّـهُ أَكْبَرُ ٠ اللَّـهُ أَكْبَرُ ٠ ولِلَّـهِ الْحَمْدُ

💟 اللَّـهُ أَكْبَرَ ٠ اللَّـهُ أَكْبَرُ ٠ اللَّـهُ أَكْبَرُ ٠

💟 اللَّـهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ٠ والْحَمْدُ لِلَّـهِ كَثِيرًا ٠ وَسُبْحَانَ اللَّـهِ
       بُكْرَةً وَأَصِيلا

💟 لا إِلَـٰهَ إِلاَّ اللَّـهُ وَلا نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ ٠
       وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

💟 لا إِلَـٰهَ إِلاَّ اللَّـهُ وَحْدَهُ َ٠ صَدَقَُ وَعْدَهُ ٠ وَنَصَرَ عَبدََهُ ٠
       وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وهَزَمّ الأَحْزَابَ وَحْدَهً

💟 لا إِلَـٰهَ إِلاَّ اللَّـهُ ٠ وَاللَّـهُ أَكْبَرَ ٠
       اللَّـهُ أَكْبَرَ ُ٠ ولِلَّـهِ الْحَمْدُ

اللَّـهُ أَكْبَر ُ٠ اللَّـهُ أَكْبَرُ ٠ اللَّـهُ أَكْبَرُ ٠ لا إِلَـٰهَ إِلاَّ اللَّـهُ وَاللَّـهُ أَكْبَرُ ٠ اللَّـهُ أَكْبَرُ ٠ ولِلَّـهِ الْحَمْدُ

💟 Suara utama 


  MASA UNTUK TAKBIR  

 : : Aidil Fitri  

Masuk 1 Syawal sehinggalah sebelum solat sunat Aidil Fitri.

Lepas solat Sunat Aidil Fitri tak boleh takbir lagi.

 : : Aidil Adha  

Masuk 10 Zulhijjah sehinggalah waktu Asar 13 Zulhijjah

Lepas solat Asar 13 Zulhijjah tak boleh takbir
lagi.

Catatan...                                                                

Permulaan hari baru dalam islam dikira pada waktu maghrib, bukannya pada jam 12.00 tengah malam

Aidil Adha      > 10 Zulhijjah
Hari Tasyrik  > 11, 12 dan 13 Zulijjah

**
Hadith riwayat  al Hakim dan Baihaqi menyatakan bahawa Rasulullah bertakbir pada hari Arafah ( 9 Zulhijjah ) selepas solat subuh

عَنْ عَلِيِّ وَعَمَّارٍ رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلاةَ الْغَدَاةِ ، وَيَقْطَعُهَا صَلاةَ الْعَصْرِ ، آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ

رواه الحاكم وصححه والبيهقي في المعرفة
وضعفه الذهبي من طريق أبي الطفيل

Maksudnya
Diriwayatkan daripada Ali dan Ammar r.a katanya; "Sesungguhnya Nabi saw bertakbir pada hari Arafah ( 9 Zulhijjah) selepas solat Subuh dan memberhentikannya selepas solat Asar akhir hari Tasyriq (13 Zulhijjah)"

Hadith Riwayat :
  1. al-Hakim no. 1111, 
  2. al-Baihaqi dalam Ma’rifah al-Sunan wa al-Athar, no. 7003.


Akan tetapi ...
Az Zahabi  telah mendhaifkan hadith ini pada jalan Abu Tufail 

والله أعلم

SALAM AIDIL ADHA 
MAAF ZAHIR DAN BATIN

🥀 كُلُّ عَامٍ وَأَنتُمْ بِالْخَيْر ِ💟 تَقَبَّلَ اللَّهُ طَاعَتكَ 💟 مِنَّا ومِنْکُمْ تَقَبَّلْ یاكَرِيمٌ

Ingatan Tulus Ikhlas daripada

Ustaz Juhari Noor bin Hj Jaafar
( Haji Jim Nun al Urduni )
Akademi Al Quran Annajah,
Ampang,
Selangor.

Isnin, 10 Julai 2017

ORANG ORANG YANG RUGI


Tahukah anda Siapakah dia Orang orang rugi itu ?

 : : Firman Allah 

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا ﴿الكهف: ١٠٣﴾

Maksudnya
Katakanlah "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amalannya?
Surah Al Kahfi ayat 103

Mereka adalah..

 : : Firman Allah 

الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا ﴿الكهف: ١٠٤﴾

Maksudnya
Orang-orang yang telah sia-sia usaha mereka pada kehidupan dunia ini dan mereka menyangka bahawa mereka melakukan sebaik baik amalan".
Surah Al Kahfi ayat 104

Dalam ayat lain menyebut  "mereka menyangka bahawa mereka adalah Orang orang yang berpetunjuk"

 : : Firman Allah 

وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُم مُّهْتَدُونَ ﴿الأعراف: ٣٠﴾

Maksudnya
mereka menyangka bahawa mereka adalah Orang orang yang berpetunjuk.
Surah al A'raf ayat 30

Bagaimana boleh jadi begini ?
Jawapannya kerana Syaitan telah menghiasi amalan amalan mereka.

 : : Firman Allah 

وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ﴿الأنعام: ٤٣﴾

Maksudnya
Dan Syaitan menghiasi apa yang mereka lakukan.
Surah al An'am ayat 43

Mereka ini, apabila diseru kepada Allah mereka akan berkata...

 : : Firman Allah 

قَالُوا حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ  ﴿المائدة: ١٠٤﴾

Maksudnya
"Cukuplah apa yang kami dapat dari datuk nenek kami, sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak berpetunjuk.
Surah al Maidah ayat 104

Sesungguhnya mereka telah merungkai perjanjian mereka dengan Allah maka gugurlah segala amalan mereka di dunia dan di akhirat

 : : Firman Allah 

أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَا لَهُم مِّن نَّاصِرِينَ 
﴿آل عمران: ٢٢﴾

Maksudnya
Mereka itulah orang-orang yang telah gugur amaln mereka di dunia dan di akhirat dan tiada bagi mereka Orang orang yang menolongan.
Surah Ali Imran ayat 22

  : :   Justeru itu ...    

Mahukah kita menjadi orang orang seperti ini.... Renung renungkanlah.

Disediakan oleh...
Haji Jim Nun al Urduni
Akademi AlQuran Annajah
Ampang,
Selangor.

🍏🌹🍎🌻🍇🍑🍊

Jumaat, 30 Jun 2017

ADAKAH IBLIS ITU DARI GOLONGAN JIN ATAUPUN MALAIKAT


Sebut sahaja nama Iblis semua orang akan kenal dan tahu akan kisahnya yang enggan sujud kepada Nabi Adam a.s.

📚Firman Allah

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ﴿البقرة: ٣٤﴾
Maksudnya
Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya sujud melainkan Iblis; ia enggan dan takbur dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
Surah alBaqarah ayat 34

Imbas kembali ayat di atas menunjukkan seolah olah Iblis itu dari golongan Malaikat. Adakah iblis itu dari golongan Malaikat ?

Iblis atau Azazil adalah tergolong dalam golongan Jin. Namun atas ketaatannya suatu ketika dulu maka Allah angkat darjatnya menjadi penghulu kepada Malaikat, makhluk yang diciptakan daripada cahaya.

BUKTI IBLIS ITU DARI GOLONGAN JIN DAN BUKAN MALAIKAT

 :  : HUJJAH PERTAMA   
Keterangan dari AlQuran

Firman Allah

. وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ    ﴿الكهف: ٥٠﴾

Maksudnya
Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya.
Surah al Kahi ayat 50

 :  :  HUJJAH KEDUA   
Alasan iblis enggan sujud kepada Nabi Adam
 " engkau ciptakan aku dari api "

📚Firman Allah

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ﴿الأعراف: ١٢﴾

Maksudnya
Allah berfirman: "Apakah yang menghalang engkau daripada sujud ketika Aku perintahkan? Iblis berkata "Aku lebih baik daripadanya ( Adam ), Engkaui jadikanku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.
Surah al A'raf ayat 12

Dan makhluk yang diciptakan dari api adalah Jin.

Firman Allah

وَالْجَانَّ خَلَقْنَاهُ مِن قَبْلُ مِن نَّارِ السَّمُومِ ﴿الحجر: ٢٧﴾

Maksudnya
Dan Jin Kami ciptakannya dari dahulu lagi daripada api yang sangat panas
Surah al Hijr ayat 27

  :  :  HUJJAH KETIGA   
Akibatnya, Iblis telah diusir dari syurga dan dicampak ke dalam neraka.

Firman Allah

. قَالَ اخْرُجْ مِنْهَا مَذْءُومًا مَّدْحُورًا لَّمَن تَبِعَكَ مِنْهُمْ لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنكُمْ أَجْمَعِينَ ﴿الأعراف: ١٨﴾

Maksudnya
Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina lagi terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang mengikutmu sudah  pasti aku akan penuhkan neraka jahanam daripada kamu semuanya
Surah al A'raf ayat 18

Dan sesungguhnya Allah sediakan syurga dan neraka hanya kepada dua golongan ini iaitu Manusia dan Jin.

📚Firman Allah

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ َ ﴿الأعراف: ١٧٩﴾

Maksudnya
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia
Surah al A'raf ayat 179

Maka jelaslah di sini bahawa Iblis itu adalah dari golongan dan bukannya Malaikat.

Disediakan oleh...
Haji Jim Nun al Urduni
Akademi AlQuran Annajah

🍏🌹🍎🌻🍇🍑🍊

Sabtu, 24 Jun 2017

HARI RAYA DALAM ISLAM


Dalam Islam, cuma terdapat dua hari raya besar iaitu hari raya Aidil Fitri dan Aidul Adha

Dari Anas r.a. berkata Ketika Nabi s.a.w. datang ke Madinah Baginda mendapati penduduk Madinah bergembira  pada dua hari raya di masa jahiliyah maka

Sabda Rasulullah

 قَدِمْتُ عَلَيْكُمْ وَلَكُمْ يَوْمَانِ تَلْعَبُونَ فِيهِمَا فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ يَوْمَيْنِ خَيْراً مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ

Maksudnya 
Aku datang kepada kamu dan kamu mempunyai dua hari raya di masa Jahiliyah yang kamu isi dengan bermain-main. Allah telah mengganti keduanya dengan yang lebih baik bagi kamu iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha (hari Nahr) 

HR. An Nasai no. 1556 dan Ahmad 3: 178, sanadnya sahih sesuai dengan syarat Bukhari dan Muslim.
🥀
TAKBIR HARI RAYA



MASA UNTUK TAKBIR

  HARI RAYA AIDIL FITRI  

Dikenali juga sebagai Hari raya Puasa

Masa takbir
masuk 1 Syawal  ( Lihat Nota )
sehingga sebelum solat hari raya Aidil Fitri

Lepas solat hari raya tak boleh takbir lagi
🥀
  HARI RAYA AIDIL ADHA  

Dikenali sebagai Hari raya Haji dan Hari raya Korban.

Masa Takbir
Masuk 10 Zulhijjah ( Lihat Nota )
sehinggalah waktu Asar 13 Zulhijjah

> 10 Zulhijjah - Hari raya Haji
> 11, 12 dan 13 Zulijjah - Hari Tasyrik

Lepas solat Asar 13 Zulhijjah tak boleh takbir lagi.

Nota
Permulaan hari baru dalam kalender Islam bermula pada waktu maghrib.

Jumaat, 23 Jun 2017

ISRAIL ADALAH NAMA LAIN KEPADA NABI YAAKOB A.S


Di sebalik pagar inilah makam Israil a.s.

Dalam bahasa Hebrew ( Ibrani @ bahasa Yahudi ) kalimah Israil terdiri daripada dua patah perkataan iaitu   " Isra "   dan   "  il ".

" Isra " bermaksud hamba dan " il " pula bermaksud tuhan. Rangkuman dua perkataan ini membawa erti hamba tuhan atau lebih tepat lagi  "Hamba Allah".

Kalimah Israil di dalam alQuran adalah nama lain kepada Nabi Allah Yaakob a.s.
Firman Allah

كُلُّ الطَّعَامِ كَانَ حِلًّا لِّبَنِي إِسْرَائِيلَ إِلَّا مَا حَرَّمَ إِسْرَائِيلُ عَلَىٰ نَفْسِهِ مِن قَبْلِ أَن تُنَزَّلَ التَّوْرَاةُ ﴿آل عمران: ٩٣﴾

Maksudnya
Segala jenis makanan adalah halal bagi Bani Israil melainkan apa yang Israil (Nabi Allah Yaakub) haramkan atas dirinya sebelum diturunkan Kitab Taurat.
Surah Ali Imran ayat 93

Dalam konteks dunia hari ini kalimah Israil ini telah diguna pakai pada sebuah negara yang ditadbir oleh orang orang Yahudi.

Oleh kerana mereka telah kufur dengan Allah dan membunuh nabi nabi Allah maka gelaran ini tidak layak bagi mereka.

Firman Allah

وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِّنَ اللَّـهِ  ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّـهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُوا يَعْتَدُونَ ﴿البقرة: ٦١﴾

Maksudnya
Dan mereka telah ditimpa kehinaan dan kemiskinan dan mereka kembali dengan kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu disebabkan mereka kufur dengan ayat-ayat Allah dan mereka membunuh Nabi-nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu mereka telah menderhaka dan mereka melampaui batas.
Surah alBaqarah ayat 61

Dalam alQuran, kalimah Yahudi sering digunakan bagi merujuk kepada bangsa ini yang Allah laknat hingga ke hari kiamat.

Firman Allah

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ﴿البقرة: ١٢٠﴾

Maksudnya
Sekali - kali tidak akan redha orang orang Yahudi dan Nasrani kepadamu (Nabi Muhammad) sehinggalah engkau menurut cara hidup mereka
Surah alBaqarah ayat 121

Justeru itu, seandainya kita hendak mencela kaum ini di atas jenayah yang mereka lakukan ke atas umat Islam maka jangan sekali kali kita menyebut  " Israil " Laknatullah kerana kalimah Israil itu akan kembali kepada Nabi Allah Yaakob a.s.

Dalam erti kata lain kita tidak kutuk Yahudi sebaliknya kita kutuk Nabi Allah Yaakob a.s.
😪😪😪

Untuk mereka cukuplah kita berkata ;
" Yahudi Laknatullah " atau...

  الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِم

Khamis, 22 Jun 2017

SENARAI WANITA YANG TIDAK BOLEH SALAM DENGAN LELAKI


001🌻  Sepupu
002🌻  Ipar
003🍎  Biras
004🌽  Anak Saudara - Lihat Perincian
005🌷  EMak saudara - Lihat Perincian
006🌷  Perempuan perempuan yang tiada apa apa pertalian dengan kita.

PERINCIAN 

004 Anak saudara - ada 3 katogeri
  1. Anak Saudara Kandung
  2. Anak Saudara sebelah Isteri
  3. Anak Saudara Sabit @ Isteri kepada Anak Saudara kita
005 Emak Saudara - ada 3 katogeri
  1. Emak Saudara Kandung
  2. Emak Saudara sebelah Isteri
  3. Emak Saudara Sabit @ Isteri kepada Bapa Saudara kita
# Catatan #
Hanya.. no 1 Sahaja yang boleh salam
adapun no 2 dan 3  TIDAK BOLEH salam


Tips bagaimana nak elak dari bersalam apabila mereka suakan tangan kat kita. Katakan pada mereka  " Maaf ya, saya ada air sembahyang"

Disediakan oleh..
Haji Jim Nun al Urduni
Akademi Al Quran Annajah,
Ampang,
Selangor.

🍅🌷🍋🍏🌽🌻🍇🥀🥀



Selasa, 20 Jun 2017

KISAH NABI ADAM DIKELUARKAN DARI SYURGA


Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa dahulunya adalah penghuni syurga.
Firman Allah

وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَـٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ ﴿البقرة: ٣٥

Maksudnya
Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; maka kamu akan menjadi orang-orang yang zalim
Surah alBaqarah ayat 35

Di dalam syurga, Nabi Adam telah diberitahu tentang pohon larangan dan  siapa dia iblis.
Firman Allah

فَقُلْنَا يَا آدَمُ إِنَّ هَـٰذَا عَدُوٌّ لَّكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَىٰ ﴿طه: ١١٧

Maksudnya
Maka Kami berkata: "Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuhmu dan isterimu, oleh itu janganlah ia mengeluarkan kamu berdua dari Syurga, maka engkau akan celaka.
Surah Taha ayat 117

Suatu ketika Iblis berkata kepada Nabi Adam.
Firman Allah

قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَىٰ شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَّا يَبْلَىٰ  ﴿طه: ١٢٠﴾

Maksudnya
Iblis telah berkata: "Wahai Adam, mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon yang kekal dan kerajaan yang tidak akan binasa?
Surah Taha ayat 120

Dengan menggunakan nama Allah, Iblis berkata
Firman Allah

وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَـٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ ﴿الأعراف: ٢٠﴾

Maksudnya
 "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada pokok ini, melainkan kerana Ia tidak suka kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi orang-orang yang kekal (di dalam Syurga).
Surah al A'raf ayat 20

Seterusnya, Iblis bersumpah dan berkata....
Firman Allah

وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ ﴿الأعراف: ٢١﴾

Maksudnya
Dan ia bersumpah kepada keduanya  "Sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat kepada kamu berdua".
Surah al A'raf ayat 21

Akhirnya......
Firman Allah

وَعَصَىٰ آدَمُ رَبَّهُ فَغَوَىٰ﴿طه: ١٢١﴾

Maksudnya
Dan telah derhaka Adam akan TuhanNya maka telah tersesat ia
Surah Taha ayat 121

PENGAJARAN DARI KISAH INI*🖌
  • Musuh Islam akan menggunakan nama *Allah* dan nama *Rasulullah* untuk menyesatkan umat Islam.
  • Barang siapa yang berpaling daripada peringatan Allah maka sesungguhnya telah sesat ia kesesatan yang nyata.