Ahad, 10 April 2016

MALAM JELAJAH ANGKASA


Alhamdulillah, Program Malam Jelajah Angkasa Annajah 2016 berjalan lancar sebagai mana tang dirancangkan


Tidak seperti program program Malam Jelajah Angkasa yang lepas, program pada tahun ini ajnsi Falak dari JUPEM dan Jabatan Fizik Angkasa mohon kemaafan kerana tidak dapat turut serta .



Malam Jelajah Angkasa di Masjid Bandar Bukit Puchong merupakan program ketiga Ustaz Juhari Noor ( Abu Luqman ).

Dua program sebelum ini telah diadakan di Ampang iaitu di 
  1. SRA Kg. Melayu Ampang pada  28hb. Julai 2007  dan ..
  2. Masjid Al Ubudiah,Tasek Tambahan, Ampang pada 11hb April 2009 


Tepat jam 10.30 malam ceramah Jelajah Angkasa dihentikan untuk memberi peluang kepada para jamaah melakukan aktiviti pencerapan.



Namun begitu, keadaan langit yang diselaputi kotoran tidak memungkinkan aktiviti pencerapan boleh dilakukan.


Sebelum rombongan Jabatan Mufti Selangor bertolak pulang, mereka mencuba  sekali lagi pada jam 11.30 malam. Alhamdulilllah permukaan langit kembali bersih dan baki jamaah yang belum balik berpeluang menyaksikan ( Mencerap ) Planet Musytari dengan teleskop.


Semoga kejayaan program Malam Jelajah Angkasa pada malam ini akan menarik lebih ramai lagi orang ramai untuk menceburi dan mendalami bidang Astronomi.