Khamis, 21 Januari 2016

BAHEERA HILL VIEW CAMP


Baheera Hill View Camp merupakan sebuah tempat percutian tanah tinggi terkemuka di daerah Hulu Langat.

Terletak di Batu 21 1/2 ,Sungai Lepoh, Pangsun, Hulu Langat, Selangor. Suasana tenang dan damai di Baheera Hill View Camp amat sesuai untuk anda mengadakan program motivasi, mesyuarat, kursus kepimpinan, majlis keraian,  perjumpaan persatuan dan sebagainya.

Antara kemudahan kemudahan yang terdapat di Baheera Hill iew Camp  ialah
  1. Empat buah dom dengan kapasiti 60 orang/ setiap dom
  2. 10 buah Chalet ( maksima  sehingga 6 orang / chalet)
  3. Penginapan untuk guru dan faci
  4. Dua buah dewan  terbtka dan tertutup
 Kolam renang

Dewan terbuka

Berada pada ketinggian 227 kaki dari aras laut di atas sebidang tanah dengan keluasan 7 ekar di puncak bukit , Baheera Hill View Camp memiliki pemandangan 360 darjah sudah pasti menjanjikan satu pemandangan yang indah lagi  menakjubkan.

Justeru itu  Akademi Al Quran Annajah memilih Baheera Hill View Camp sebagai lokasi penganjuran program program kefahaman Islam.

Semoga semua peserta kursus mendapat manfaat yang banyak melalui program dan aktiviti yang diadakan

MAKLUMAT LANJUT,
SILA KLIK DI SINI

MUQADDIMAH


Assalamualaikum,
Alhamdulillah dengan izin dan rahmatNya,  Khamis 21hb.Januari 2016 jam 9.00am, blog annajah cemerlang  ini berjaya diwujudkan.

Matlamat utama penubuhan blog ini adalah untuk memberi infomasi berguna yang berkisarkan kepada Ilmu Falak ( astronomi ), Hadith, Seni kaligrafi islam ( Khat ) dan sebagainya.

Selain daripada itu, blog ini merupakan platfom bagi menyalurkan maklumat mengenai program atau seminar seminar yang yang akan diadakan oleh Akademi Al Quran Annajah dari masa ke semasa.

Semoga kewujudan blog ini dapat memberikan manfaat kepada ummah serta akan nmenyumbang kepada kemajuan dan perkembangan ilmu ilmu AlQuram di muka bumi Allah ini.