Jumaat, 30 Jun 2017

ADAKAH IBLIS ITU DARI GOLONGAN JIN ATAUPUN MALAIKAT


Sebut sahaja nama Iblis semua orang akan kenal dan tahu akan kisahnya yang enggan sujud kepada Nabi Adam a.s.

📚 Firman Allah

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ﴿٣٤﴾ البقرة

Maksudnya
Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya sujud melainkan Iblis; ia enggan dan takbur dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
Surah alBaqarah ayat 34

Imbas kembali ayat di atas menunjukkan seolah olah Iblis itu dari golongan Malaikat. Adakah iblis itu dari golongan Malaikat ?

Iblis atau Azazil adalah tergolong dalam golongan Jin.

Menurut kitab tafsir Munir dan Showi, Iblis beribadah pada Allah dalam masa 80 000 tahun, thowaf di Baitul Makmur dan Arsy selama 14 000 tahun. Tiada satu tempatpun di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya kepada Allah SWT.

Lantaran itu Iblis begitu dihormati para Malaikat dilangit pertama hingga di langit  ketujuh .

Di atas ketaatannya, maka Allah angkat darjatnya menjadi penghulu kepada Malaikat, makhluk yang diciptakan daripada cahaya.

 IBLIS DARI GOLONGAN JIN 

 :  : HUJJAH PERTAMA   
Keterangan dari AlQuran

Firman Allah

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ    ﴿٥٠﴾ الكهف

Maksudnya
Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya.
Surah al Kahi ayat 50

 :  :  HUJJAH KEDUA   
Alasan iblis enggan sujud kepada Nabi Adam
 " engkau ciptakan aku dari api "

📚Firman Allah

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ﴿١٢﴾ الأعراف

Maksudnya
Allah berfirman: "Apakah yang menghalang engkau daripada sujud ketika Aku perintahkan? Iblis berkata "Aku lebih baik daripadanya ( Adam ), Engkaui jadikanku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.
Surah al A'raf ayat 12

Dan makhluk yang diciptakan dari api adalah Jin.

Firman Allah

وَالْجَانَّ خَلَقْنَاهُ مِن قَبْلُ مِن نَّارِ السَّمُومِ ﴿٢٧﴾ الحجر

Maksudnya
Dan Jin Kami ciptakannya dari dahulu lagi daripada api yang sangat panas
Surah al Hijr ayat 27

  :  :  HUJJAH KETIGA   
Akibatnya, Iblis telah diusir dari syurga dan dicampak ke dalam neraka.

Firman Allah

قَالَ اخْرُجْ مِنْهَا مَذْءُومًا مَّدْحُورًا لَّمَن تَبِعَكَ مِنْهُمْ لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنكُمْ أَجْمَعِينَ ﴿١٨﴾ الأعراف

Maksudnya
Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina lagi terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang mengikutmu sudah  pasti aku akan penuhkan neraka jahanam daripada kamu semuanya
Surah al A'raf ayat 18

Dan sesungguhnya Allah sediakan syurga dan neraka hanya kepada dua golongan ini iaitu Manusia dan Jin.

📚Firman Allah

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ َ ﴿١٧٩﴾ الأعراف

Maksudnya
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia
Surah al A'raf ayat 179

Maka jelaslah di sini bahawa Iblis itu adalah dari golongan dan bukannya Malaikat.

Sabtu, 24 Jun 2017

HARI RAYA DALAM ISLAM


Dalam Islam, cuma terdapat dua hari raya besar iaitu hari raya Aidil Fitri dan Aidul Adha

Dari Anas r.a. berkata Ketika Nabi s.a.w. datang ke Madinah Baginda mendapati penduduk Madinah bergembira  pada dua hari raya di masa jahiliyah maka

Sabda Rasulullah

 قَدِمْتُ عَلَيْكُمْ وَلَكُمْ يَوْمَانِ تَلْعَبُونَ فِيهِمَا فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ يَوْمَيْنِ خَيْراً مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ

Maksudnya 
Aku datang kepada kamu dan kamu mempunyai dua hari raya di masa Jahiliyah yang kamu isi dengan bermain-main. Allah telah mengganti keduanya dengan yang lebih baik bagi kamu iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha (hari Nahr) 

HR. An Nasai no. 1556 dan Ahmad 3: 178, sanadnya sahih sesuai dengan syarat Bukhari dan Muslim.
🥀
TAKBIR HARI RAYA



MASA UNTUK TAKBIR

  HARI RAYA AIDIL FITRI  

Dikenali juga sebagai Hari raya Puasa

Masa takbir
masuk 1 Syawal  ( Lihat Nota )
sehingga sebelum solat hari raya Aidil Fitri

Lepas solat hari raya tak boleh takbir lagi
🥀
  HARI RAYA AIDIL ADHA  

Dikenali sebagai Hari raya Haji dan Hari raya Korban.

Masa Takbir
Masuk 10 Zulhijjah ( Lihat Nota )
sehinggalah waktu Asar 13 Zulhijjah

> 10 Zulhijjah - Hari raya Haji
> 11, 12 dan 13 Zulijjah - Hari Tasyrik

Lepas solat Asar 13 Zulhijjah tak boleh takbir lagi.

Nota
Permulaan hari baru dalam kalender Islam bermula pada waktu maghrib.

Jumaat, 23 Jun 2017

ISRAIL ADALAH NAMA LAIN KEPADA NABI YAAKOB A.S




Di sebalik pagar inilah makam Israil a.s.

Dalam bahasa Hebrew ( Ibrani @ bahasa Yahudi ) kalimah Israil terdiri daripada dua patah perkataan iaitu   Isra  dan  il .

Isra  bermaksud hamba dan
  il  pula bermaksud tuhan. Rangkuman dua perkataan ini membawa erti hamba tuhan atau lebih tepat lagi Hamba Allah.

Kalimah Israil di dalam alQuran adalah nama lain kepada Nabi Allah Yaakob a.s.

 : : Firman Allah 

كُلُّ الطَّعَامِ كَانَ حِلًّا لِّبَنِي إِسْرَائِيلَ إِلَّا مَا حَرَّمَ إِسْرَائِيلُ عَلَىٰ نَفْسِهِ مِن قَبْلِ أَن تُنَزَّلَ التَّوْرَاةُ
﴿آل عمران : ٩٣﴾

Maksudnya
Segala jenis makanan adalah halal bagi Bani Israil melainkan apa yang Israil (Nabi Allah Yaakub) haramkan atas dirinya sebelum diturunkan Kitab Taurat.
Surah Ali Imran ayat 93

Selain daripada itu, kalimah Israil pernah wujud pada sebuah kerajaan Bani Israil yang diasaskan oleh Nabi Daud a.s.. Namun setelah kewafatan Nabi Sulaiman (anak kepada Nabi Daud ) kerajaan ini berpecah kepada dua iaitu
  1. Kerajaan Yahuda ( Judah )
  2. Kerajaan Israil
Dalam konteks hari ini, kalimah Israil ini telah diguna pakai pada sebuah negara yang ditadbir oleh orang orang Yahudi.



Yahudi adalah merujuk kepada anak keempat Nabi Yaakob yang bernama Yahuda ataupun Judah.

Dalam alQuran, kalimah Yahudi sering digunakan bagi merujuk kepada bangsa ini yang Allah laknat hingga ke hari kiamat.

 : : Firman Allah 

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ﴿البقرة: ١٢٠﴾

Maksudnya
Sekali - kali tidak akan redha orang orang Yahudi dan Nasrani kepadamu (Nabi Muhammad) sehinggalah engkau menurut cara hidup mereka
Surah alBaqarah ayat 121

Oleh kerana mereka telah kufur dengan Allah dan membunuh nabi nabi Allah maka gelaran ini tidak layak bagi mereka.

 : : Firman Allah 


وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِّنَ اللَّـهِ  ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّـهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُوا يَعْتَدُونَ ﴿البقرة: ٦١﴾

Maksudnya
Dan mereka telah ditimpa kehinaan dan kemiskinan dan mereka kembali dengan kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu disebabkan mereka kufur dengan ayat-ayat Allah dan mereka membunuh Nabi-nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu mereka telah menderhaka dan mereka melampaui batas.
Surah alBaqarah ayat 61

Justeru itu, seandainya kita hendak mencela kaum ini di atas jenayah yang mereka lakukan ke atas umat Islam maka jangan sekali kali kita menyebut  " Israil " Laknatullah kerana kalimah Israil itu akan kembali kepada Nabi Allah Yaakob a.s.

Dalam erti kata lain kita tidak kutuk Yahudi sebaliknya kita kutuk Nabi Allah Yaakob a.s.

Untuk mereka cukuplah kita berkata ;
" Yahudi Laknatullah " atau...

  الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِم

Khamis, 22 Jun 2017

SENARAI PEREMPUAN YANG TIDAK BOLEH SALAM DENGAN LELAKI


  1. Sepupu
  2. Ipar
  3. Biras
  4. Anak Saudara - Lihat Perincian
  5. EMak saudara - Lihat Perincian
  6. Perempuan perempuan yang tiada apa apa pertalian dengan kita.

 PERINCIAN 

 Anak Saudara  - ada 3 katogeri

🌷Anak Saudara Kandung
🌽Anak Saudara sebelah Isteri
🌽Anak Saudara Sabit @ Isteri 
     kepada Anak Saudara kita

Petunjuk
🌷- Anak Saudara yang boleh salam

 Emak Saudara ada 3 katogeri

🌷Emak Saudara Kandung
🌽Emak Saudara sebelah Isteri
🌽Emak Saudara Sabit @ Isteri        
     kepada Bapa Saudara kita

Petunjuk
🌷- Emak Saudara yang boleh 
       salam



Tips bagaimana nak elak dari bersalam apabila mereka suakan tangan kat kita. Katakan pada mereka  

Maaf ya, saya ada air sembahyang"

Selasa, 20 Jun 2017

BAGAI MANA IBLIS MENGELUARKAN NABI ADAM DARI SYURGA


Iblis atau Azazil dahulunya adalah makhlukk Allah dari golongan jin yang paling taat. Justeru itu Allah angkat darjatnya sebagai penghulu kepada Malaikat..

Namun atas keengganannya sujud pada Adam maka Allah usir dia dari syurga.

  Firman Allah 

قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ﴿الأعراف  ﴿١٣﴾ الأعراف

Maksudnya
berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".
Surah al Araf ayat 12

Tidak berpuas hati dengan kepurusan ini maka Iblis telah merancang beberapa strategi untuk mengeluarkan Adam dan Hawa dari Syurga..

Antara strtegi yang digunakan Iblis adalah ...


  Menjanjikan suatu yang indah dan menyeronokkan


  Firman Allah 

قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَىٰ شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَّا يَبْلَىٰ  ﴿١٢٠﴾ طه

Maksudnya
Iblis telah berkata: "Wahai Adam, mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon yang kekal dan kerajaan yang tidak akan binasa?
Surah Taha ayat 120


❖ Menggunakan nama Allah

 Firman Allah 

وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَـٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ  ﴿٢٠﴾ الأعراف

Maksudnya
 "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada pokok ini, melainkan kerana Ia tidak suka kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi orang-orang yang kekal (di dalam Syurga).
Surah al A'raf ayat 20


❖ Bersumpah dan berkata....

 Firman Allah 

وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَذ ﴿٢١﴾ الأعراف

Maksudnya
Dan ia bersumpah kepada keduanya  "Sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat kepada kamu berdua".
Surah al A'raf ayat 21


  Mendatangkan hujjah yang menipu dayakan Adam

  Firman Allah 

فَدَلَّاهُمَا بِغُرُورٍ ٌ  ﴿ ٢٢﴾ الأعراف

Maksudnya
Maka Iblis memberi dalil yang menipu dayakan kepada Adam dan Hawa
Surah al Araf ayat 22

Akhirnya Adam terpedaya dengan kata kata Iblis lalu memakan buah pohon itu maka.... .

  Firman Allah 

وَعَصَىٰ آدَمُ رَبَّهُ فَغَوَىٰ  ﴿١٢١﴾ طه

Maksudnya
Dan telah derhaka Adam kepada Tuhannya maka telah tersesat ia
Surah Taha ayat 121

Sebagai hukuman, Adam dan Hawa telah dikeluarkan dari Syurga.


  PENGAJARAN DARI KISAH INI  
  • Musuh Islam akan menggunakan nama ISLAM untuk menyesatkan umat Islam.
  • Barang siapa yang berpaling daripada peringatan Allah maka sesungguhnya telah sesat ia kesesatan yang nyata.



Khamis, 15 Jun 2017

PERINTAH ALLAH TIDAK BOLEH DIUKUR DENGAN LOJIK AKAL


Pernahkah kita terfikir kenapa kita diperintah menghadap Kaabah setiap kali kita mendirikan solat

Kaabah adala satu binaan setinggi bangunan empat tingkat dan tiada apa yang ada di dalamnya.

Ikut lojik ... memang tidak lojik tapi ini bukan masalah lojik atau tidak tapi ini adalah perintah Allah yang wajib kita patuhi.

Dalam perkara ini manusia tiada pilihan lain melainkan tunduk patuh kepada perintah Allah

  : : Firman Allah   

إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّـهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَن يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ﴿٥١﴾ النور

Maksudnya
Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Allah dan RasulNya supaya berhukum antara mereka hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat":
Surah anNur ayat 51

 : : Firman Allah   

وَمَن يَعْصِ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا ﴿٣٦﴾ الأحزاب

Maksudnya
Barang siapa yang maksiat kepada Allah dan RasulNya maka sesungguhnya telah sesat ia dengan kesesatan yang nyata.
Surah al Ahzab ayat 36

Di sini mari kita singkap beberapa kisah bagaimana para Nabi dan orang orang terdahulu yang tidak mengukur perintah Allah dengan lojik.

KISAH NABI MUSA A.S. DAN TONGKAT

Sungguhpun Nabi Musa berjaya membebaskan Bani Israil dari cengkaman Firaun namun Bani Israil terpaksa mengharungi padang pasir yang kering kontang.

Dalam keadaan panas terik dan tiada bekalan air maka Allah memerintahkan Nabi Musa a.s. memukul batu dengan tongkatnya.

 : : Firman Allah   


وَإِذِ اسْتَسْقَىٰ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ فَقُلْنَا اضْرِب بِّعَصَاكَ الْحَجَر َفَانفَجَرَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًا ﴿١٦٠﴾ البقرة

Maksudnya
Dan ingatlah ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu", lalu terpancarlah dari batu itu dua belas mata air.
Surah alBaqarah ayat 60

Kalau ikut lojik memang tidak lojik apatah lagi dalam keadaan terlalu dahaga.. namun ini adalah perintah Allah..

KISAH MARIYAM BINTI IMRAN

Mariyam yang diperintahkan menggoncangkan pokok kurma sedangkan pada ketika itu beliau dalam keadaan lemah selepas melahirkan Nabi Isa a.s.


 : : Firman Allah   


وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا ﴿٢٥﴾ مریم

Maksudnya
Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.
Surah Mariyam ayat 25

Apalah daya seorang wanita yang lepas melahirkan anak menggoncangkan pokok kurma.

ikutkan lojik akal memang tidak lojik tapi ini adalah perintah Allah maka ....

KEENGGANAN IBLIS SUJUD PADA ADAM

Jangan jadi seperti iblis yang mengukur perintah Allah dengan lojik akalnya sendiri

 : : Firman Allah   

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ ﴿١٢﴾ الأعراف

Maksudnya
Allah berfirman: "Apakah yang menghalangmu daripada sujud ketika Aku perintahkanmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau jadikanku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."
Surah al'Araf ayat 12

Ikut lojik... memang betul kata kata Iblis itu tapi ini bukan masalah lojik ataupun tidak.
Ini adalah perintah Allah.. kita tak boleh nak ikutkan lojik semata mata. Akibatnya.....

 : : Firman Allah   

 قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِين ﴿١٣﴾ الأعراف

Maksudnya
Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya, oleh itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".
Surah al A'raf ayat  13




Selasa, 13 Jun 2017

HUKUM BERBUKA PUASA SEBELUM AZAN @ MATAHARI TERBENAM


PENDAPAT PERTAMA 🌻
  • Wajib menahan diri daripada melakukan perkara perkara yang membatalkan puasa
  • Wajib menggantikannya ( Qadha ) 

Ini adalah berdasarkan pendapat jumhur ulama.

Ibnu Qudamah berkata dalam Kitab Al-Mughni, 4/389, "Ini merupakan pendapat jumur ulama dari kalangan fuqaha serta yang lainnya."

Syeikh Ibn Baz pernah ditanya, tentang sebagian orang yang berbuka, kemudian terbukti bahwa matahari belum terbenam.

Beliau menjawab, "Orang yang mengalami hal seperi itu, hendaknya dia kembali menahan dirinya hingga matahari terbenam. Dan dia wajib mengqadha' puasanya.

Sebagaimana halnya di pagi hari  30 Sya'ban, kemudian diberitakan hari itu mengatakan bahawa hari itu jatuhnya  satu Ramadan, maka ia wajib menahan diri (dari perkara yang membatalkan puasa) dan mengqadha' puasanya hari itu menurut jumhur ulama.

Majmu Fatawa Ibn Baz, 15/288

PENDAPAT KEDUA 🌻
  • Puasanya sah dan tidak wajib  Qadha. 

Pendapat ini diriwayatkan dari Mujahid Al-Hasan, Ishaq, Ahmad, Al-Muzani dan  Ibnu Khuzaimah serta dipilih oleh Ibnu Taimiyah dan dikuatkan oleh Ibnu Utsaimin.

(Lihat Fathul Bari, 4/200, Majmu Fatawa Ibnu Taimiyah, 25/231, Asy-Syarh Al-Mumti, 6/402-408)

Mereka berdalilkan kepada hadith  riwayat Bukhari dari Asma binti Abu Bakar As-Siddiq

أَفْطَرْنَا عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ غَيْمٍ، ثُمَّ طَلَعَتِ الشَّمْسُ

“Kami pernah berbuka puasa di zaman Nabi s.a.w. pada saat mendung, kemudian tiba-tiba matahari muncul ” (HR. Bukhari 1959).

Al-Hafiz berkata, "Hadits Asma tidak menetapkan di dalamnya, apakah wajib Qadha atau tidak."

PENDAPAT YANG RAJIH 🌻

Pendapat yangrajih adalah pendapat yang pertama. Ini adalah kerana Nabi telah mengisyaratkan kepada kita dengan jelas sekali bila masuknya waktu untuk berbuka.

Sabda Nabi s.a.w.

إِذَا أَقْبَلَ اللَّيْلُ مِنْ هَا هُنَا ، وَأَدْبَرَ النَّهَارُ مِنْ هَا هُنَا ، وَغَرَبَتْ الشَّمْسُ فَقَدْ أَفْطَرَ الصَّائِمُ

“Apabila malam datang dari arah sini, dan siang siang menghilang dari arah sini, serta matahari telah tenggelam maka orang yang puasa boleh berbuka.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Puasa akan terbatal bila mana kita berbuka sebelum terbenamnya matahari dan ianya wajib diganti.

Sungguhpun demikian tidak bermakna ia boleh melakukan perkara perkara yang membatalkan puasa malah ia hendaklah menahan dirinya ( imsak ) dari melakukan perkara tersebut sehinggalah terbenamnya matahari.

 والله اعلم

Disediakan oleh
Haji Jim Nun al Urduni
Akademi AlQuran Annajah
Ampang,
Selangor.

🌻🍏🍎🍊🍇🌷