PENDAPAT PERTAMA 🌻
- Wajib menahan diri daripada melakukan perkara perkara yang membatalkan puasa
- Wajib menggantikannya ( Qadha )
Ini adalah berdasarkan pendapat jumhur ulama.
Ibnu Qudamah berkata dalam Kitab Al-Mughni, 4/389, "Ini merupakan pendapat jumur ulama dari kalangan fuqaha serta yang lainnya."
Syeikh Ibn Baz pernah ditanya, tentang sebagian orang yang berbuka, kemudian terbukti bahwa matahari belum terbenam.
Beliau menjawab, "Orang yang mengalami hal seperi itu, hendaknya dia kembali menahan dirinya hingga matahari terbenam. Dan dia wajib mengqadha' puasanya.
Sebagaimana halnya di pagi hari 30 Sya'ban, kemudian diberitakan hari itu mengatakan bahawa hari itu jatuhnya satu Ramadan, maka ia wajib menahan diri (dari perkara yang membatalkan puasa) dan mengqadha' puasanya hari itu menurut jumhur ulama.
Majmu Fatawa Ibn Baz, 15/288
PENDAPAT KEDUA 🌻
- Puasanya sah dan tidak wajib Qadha.
Pendapat ini diriwayatkan dari Mujahid Al-Hasan, Ishaq, Ahmad, Al-Muzani dan Ibnu Khuzaimah serta dipilih oleh Ibnu Taimiyah dan dikuatkan oleh Ibnu Utsaimin.
(Lihat Fathul Bari, 4/200, Majmu Fatawa Ibnu Taimiyah, 25/231, Asy-Syarh Al-Mumti, 6/402-408)
Mereka berdalilkan kepada hadith riwayat Bukhari dari Asma binti Abu Bakar As-Siddiq
أَفْطَرْنَا عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ غَيْمٍ، ثُمَّ طَلَعَتِ الشَّمْسُ
“Kami pernah berbuka puasa di zaman Nabi s.a.w. pada saat mendung, kemudian tiba-tiba matahari muncul ” (HR. Bukhari 1959).
Al-Hafiz berkata, "Hadits Asma tidak menetapkan di dalamnya, apakah wajib Qadha atau tidak."
PENDAPAT YANG RAJIH 🌻
Pendapat yangrajih adalah pendapat yang pertama. Ini adalah kerana Nabi telah mengisyaratkan kepada kita dengan jelas sekali bila masuknya waktu untuk berbuka.
Sabda Nabi s.a.w.
إِذَا أَقْبَلَ اللَّيْلُ مِنْ هَا هُنَا ، وَأَدْبَرَ النَّهَارُ مِنْ هَا هُنَا ، وَغَرَبَتْ الشَّمْسُ فَقَدْ أَفْطَرَ الصَّائِمُ
“Apabila malam datang dari arah sini, dan siang siang menghilang dari arah sini, serta matahari telah tenggelam maka orang yang puasa boleh berbuka.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Puasa akan terbatal bila mana kita berbuka sebelum terbenamnya matahari dan ianya wajib diganti.
Sungguhpun demikian tidak bermakna ia boleh melakukan perkara perkara yang membatalkan puasa malah ia hendaklah menahan dirinya ( imsak ) dari melakukan perkara tersebut sehinggalah terbenamnya matahari.
والله اعلم
Disediakan oleh
Haji Jim Nun al Urduni
Akademi AlQuran Annajah
Ampang,
Selangor.
🌻🍏🍎🍊🍇🌷
Tiada ulasan:
Catat Ulasan