Jumaat, 30 Jun 2017

ADAKAH IBLIS ITU DARI GOLONGAN JIN ATAUPUN MALAIKAT


Sebut sahaja nama Iblis semua orang akan kenal dan tahu akan kisahnya yang enggan sujud kepada Nabi Adam a.s.

📚 Firman Allah

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ﴿٣٤﴾ البقرة

Maksudnya
Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya sujud melainkan Iblis; ia enggan dan takbur dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
Surah alBaqarah ayat 34

Imbas kembali ayat di atas menunjukkan seolah olah Iblis itu dari golongan Malaikat. Adakah iblis itu dari golongan Malaikat ?

Iblis atau Azazil adalah tergolong dalam golongan Jin.

Menurut kitab tafsir Munir dan Showi, Iblis beribadah pada Allah dalam masa 80 000 tahun, thowaf di Baitul Makmur dan Arsy selama 14 000 tahun. Tiada satu tempatpun di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya kepada Allah SWT.

Lantaran itu Iblis begitu dihormati para Malaikat dilangit pertama hingga di langit  ketujuh .

Di atas ketaatannya, maka Allah angkat darjatnya menjadi penghulu kepada Malaikat, makhluk yang diciptakan daripada cahaya.

 IBLIS DARI GOLONGAN JIN 

 :  : HUJJAH PERTAMA   
Keterangan dari AlQuran

Firman Allah

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ    ﴿٥٠﴾ الكهف

Maksudnya
Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya.
Surah al Kahi ayat 50

 :  :  HUJJAH KEDUA   
Alasan iblis enggan sujud kepada Nabi Adam
 " engkau ciptakan aku dari api "

📚Firman Allah

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ﴿١٢﴾ الأعراف

Maksudnya
Allah berfirman: "Apakah yang menghalang engkau daripada sujud ketika Aku perintahkan? Iblis berkata "Aku lebih baik daripadanya ( Adam ), Engkaui jadikanku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.
Surah al A'raf ayat 12

Dan makhluk yang diciptakan dari api adalah Jin.

Firman Allah

وَالْجَانَّ خَلَقْنَاهُ مِن قَبْلُ مِن نَّارِ السَّمُومِ ﴿٢٧﴾ الحجر

Maksudnya
Dan Jin Kami ciptakannya dari dahulu lagi daripada api yang sangat panas
Surah al Hijr ayat 27

  :  :  HUJJAH KETIGA   
Akibatnya, Iblis telah diusir dari syurga dan dicampak ke dalam neraka.

Firman Allah

قَالَ اخْرُجْ مِنْهَا مَذْءُومًا مَّدْحُورًا لَّمَن تَبِعَكَ مِنْهُمْ لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنكُمْ أَجْمَعِينَ ﴿١٨﴾ الأعراف

Maksudnya
Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina lagi terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang mengikutmu sudah  pasti aku akan penuhkan neraka jahanam daripada kamu semuanya
Surah al A'raf ayat 18

Dan sesungguhnya Allah sediakan syurga dan neraka hanya kepada dua golongan ini iaitu Manusia dan Jin.

📚Firman Allah

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ َ ﴿١٧٩﴾ الأعراف

Maksudnya
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia
Surah al A'raf ayat 179

Maka jelaslah di sini bahawa Iblis itu adalah dari golongan dan bukannya Malaikat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan