Selasa, 8 Oktober 2019

JANGAN UKUR PERINTAH ALLAH DENGAN LOJIK


HAKIKAT PENCIPTAAN MANUSIA

Manusia diciptakan dalam keadaan Jahil dan tidak mengetahui apa apa.

 💖 Firman Allah 

وَاللَّـهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا ﴿٧٨﴾  النحل

Maksudnya
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun
Surah an Nahlu ayat 78

Inilah dia hakikat penciptaan Manusia. Allah tidak datangkan kepada manusia ilmuNya melainkan sedikit.


 💖 Firman Allah 

وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا ﴿٨٥﴾ الإسراء

Maksudnya
Dan tidak didatangkan kamu ilmu melainkan sedikit.
Surah al Isra’ ayat 85

Sedangkan imu Allah

 💖 Firman Allah 

يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَيَعْلَمُ مَا تُسِرُّونَ وَمَا تُعْلِنُونَ ۚ وَاللَّـهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ ﴿٤﴾ التغابن

Maksudnya
Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi dan Ia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan. Dan Allah Mengetahui apa yang terkandung di dalam dada dada
Surah at Taghabun ayat 4

Ilmu yang ada pada Manusia tidak mampu menjangkaui ilmu ilmu Allah.


 💖 Firman Allah 

وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ  ﴿٢٥٥﴾ البقرة

Maksudnya
Dan mereka tidak meliputi sesuatu dari ilmuNya melainkan apa yang Ia kehendaki
Surah al Baqarah ayat 255

Oleh yang demikian, samada suka ataupun tidak, manusia TIDAK BOLEH mengukur setiap perintah Allah dengan lojik akal.

Terdapat banyak kisah kisah dalam AlQuran menceritakan bagaimana para Nabi dan orang orang terdahulu tidak mengukur perintah dengan lojik akal mereka sendiri.

💙💚💖💜💛
KISAH NABI MUSA PUKUL BATU KELUAR AIR.
💙💚💖💜💛

Tatkala Bani Israil mencari sumber air untuk diminum, Nabi Musa telah berdoa memohon diberikan air kepada kaumnya maka Allah telah memerintahkan Nabi Musa agar memukul batu dengan tongkatnya

 💖 Firman Allah 

فَقُلْنَا اضْرِب بِّعَصَاكَ الْحَجَر َ﴿١٦٠﴾ البقرة

Maksudnya
Pukullah batu itu dengan tongkatmu
Surah alBaqarah ayat 60

Maka terpancarlah daripadanya dua belas mata air



 💖 Firman Allah 

  فَانفَجَرَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًا ﴿١٦٠﴾ البقرة

Maksudnya
Maka terpancarlah dari batu itu dua belas mata air.
Surah al Baqarah ayat 60


Jika ikutkan lojik memang tidak lojik. Pukul batu dengan tongkat boleh keluar air apatah lagi di bumi padang pasir yang tandus kering kontang.

Namun ini adalah perintah Allah dan setiap perintah Allah tidak boleh diukur dengan lojik akal.

💙💚💖💜💛
KISAH MARYAM GONCANG POHON KURMA 
💙💚💖💜💛

Dalam keadaan lapar dan sangat lemah selepas melahirkan Nabi Isa, Allah telah memerintahkan Maryam menggoncangkan pokok kurma.

  💖 Firman Allah 

وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ ﴿٢٥﴾ مریم

Maksudnya
Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu
Surah Maryam ayat 25

Apalah daya seorang wanita yang lepas melahirkan anak mampu menggoncangkan sebatang pokok kurma.



Ikutkan lojik akal memang tidak lojik tapi ini adalah perintah Allah.  Maryam melakukan apa yang Allah perintah maka....

 💖 Firman Allah 

تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا ﴿٢٥﴾ مریم

Maksudnya
Maka gugur kepadamu buah tamar yang masak.
Surah Maryam ayat 25

Begitu juga dalam kehidupan seharian kira. Kita tidak boleh ukur setiap perintah Allah dengan lojik akal.

💙💚💖💜💛
KISAH IBLIS ENGGAN SUJUD PADA NABI ADAM
💙💚💖💜💛

Jangan jadi seperti iblis yang mengukur perintah Allah dengan lojik akalnya sendiri.

Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam dengan angkuhnya telah berkata ...

  💖 Firman Allah 

قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ ﴿١٢﴾ الأعراف

Maksudnya
Aku lebih baik daripadanya (Adam) Engkau jadikan aku dari api sedang dia Engkau jadikannya dari tanah.
Surah al A’raf ayat 12

Ikut lojik...
memang betul kata kata Iblis itu tapi ini bukan masalah lojik ataupun tidak, sebaliknya ini adalah perintah Allah..

Akibatnyala, Allah usir Iblis dari syurga

  💖 Firman Allah 

 قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِين ﴿١٣﴾ الأعراف

Maksudnya
Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya, oleh itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".
Surah al Araf ayat  13



💙💚💛💜💖💖💖💜💛💚💙

PENUTUP
💙💚💖💜💛

Sebagai seorang yang beriman, kita kena taat dan akur dengan perintah Allah.

  💖 Firman Allah 

إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّـهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَن يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ﴿٥١﴾ النور

Maksudnya
Sesungguhnya perkataan orang-orang yang beriman apabila mereka diseru kepada Allah dan RasulNya supaya berhukum antara mereka mereka hanya berkata "Kami dengar dan kami taat"
Surah an Nur ayat 51

Dan barang siapa yang derhaka maka ....

  💖 Firman Allah 

وَمَن يَعْصِ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا ﴿٣٦﴾ الأحزاب

Maksudnya
Barang siapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya maka sesungguhnya telah sesat ia dengan kesesatan yang nyata.
Surah al Ahzab ayat 36


Siapalah kita berbanding Allah
Fikir fikirkanlah

والله أعلم


💙💚💛💜💖💖💖💜💛💚💙


Selasa, 3 September 2019

BULAN MUHARAM TIADA KAITAN DENGAN PERISTIWA HIJRAH


Bulan Muharram merupakan satu bulan yang mulia dan termasuk dalam empat bulan haram.

💚 Sabda Rasulullah S.A.W

السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا، أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ، ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ  - مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ - رواه البخاری

Maksudnya:
Dalam setahun itu ada dua belas bulan dan di antaranya adalah empat bulan haram. Tiga bulan yang berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram serta bulan Rejab yang berada di antara Jamadil Akhir dan juga Syaaban.
HR : al-Bukhari (184)

Oleh yang demikian kita disunatkan berpuasa terutama sekali pada tarikh 9 dan 10 Muharram

💚 Sabda Rasulullah S.A.W

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ - رواه ابو داود

Maksudnya
Seafdhal-afdhal puasa setelah bulan Ramadhan adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharram.
HR : Abu Daud (2429) daripada Abu Hurairah R.A


Bulan MUHARAM merupakan bulan yang pertama dalam Taqwim Hijrah.

Ianya berasal dari perkiraan masyarakat Arab sejak zaman Jahiliyyah. Hanya saja mereka tidak menetapkan ini tahun berapa, tetapi ini tahun tahun apa.

Contohnya
Rasulullah dilahirkan pada 12 Rabi’ul Awwal tahun gajah tapi kita tak tahu tahun Gajah itu tahun yang ke berapa.

USUL MEWUJUDKAN TAQWIM  HIJRAH

Abu Musa Al-Asyári telah menulis surat kepada Saidina Umar  bertanyakan surat-surat dari khalifah yang tidak ada tahun, hanya sekadar tarikh dan bulan sahaja.

Lalu Saidina Umar memanggil beberapa orang sahabat bagi membincangkan perkara ini.

Antara sahabat yang terlibat dalam perbincangan ini adalah
  1. Utsman bin Affan r.a., 
  2. Ali bin Abi Thalib r.a., 
  3. Abdurrahman bin Auf r.a., 
  4. Sa’ad bin Abi Waqqas r.a., 
  5. Zubair bin Awwam r.a., dan 
  6. Talhah bin Ubaidillah r.a.

Setelah mendapat pandangan para sahabat maka Saidina Umar telah menerima usul dari Saidina Ali iaitu berdasarkan kepada tahun Rasulullah berhijrah ke Madinah.   

Adapun nama-nama bulan dalam Taqwim Hijriyah ini diambil dari nama-nama bulan yang telah sedia ada dan diguna pakai oleh masyarakat Arab ketika itu.



Sungguhpun demikian, Bulan Muharram tiada kaitan dengan peristiwa hijrahnya Rasulullah ke Madinah

Tarikh sebenar hijrahnya Rasulullah ke Madinah pada 28 Safar tahun ke-14 Kenabian dan Baginda tiba di Madinah pada hari Jumaat, 12 Rabi`ul Awwal.

Tahun Rasulullah berhijrah ke Madinah inilah telah ditetapkan sebagai permulaan bagi Taqwim Hijrah dengan menjadikan Bulan Muharam sebagai bulan yang pertama seperti mana yang telah diguna pakai oleh masyarakat Arab sejak zaman Jahiliyyah lagi.


      Malangnya masyarakat kita hari ini masih keliru antara Peristiwa Hijrah Rasulullah ke Madinah dengan Bulan Muharram.

      Sehingga ke hari ini ramai di antara kita yang mengatakan bahawa Rasululullah berhijrah ke Madinah pada bulan Muharram.

      💙💚💖💖💖💖💖💛💜
      Kesimpulan
      💙💚💖💛💜

      1. Rasulullah berhijrah ke Madinah bermula pada 28 Safar tahun ke 14 Kenabian.
      2. Rasulullah tiba di Madinah pada 12 Rabiul Awwal tahun ke 14 Kenabian
      3. Bulan Muharam dijadikan bulan permulaan kepada Tahun Baru Hijriah mengikut perkiraan masyarakat Arab.
      4. Tiada kaitan antara bulan Muharam dengan peristiwa hijrahnya Baginda Rasul ke Madinah... 

      والله اعلم

      💙💚💛💜💖💖💖💙💚💛💜

      Rujukan




      Selasa, 6 Ogos 2019

      BELUM SAMPAI SERU LAGI


      Kita selalu mendengar dari mereka yang enggan melaksanakan sesuatu perintah Allah kalimah ini ....

      Belum Sampai Seru Lagi

      Betul ke Seruan belum pernah sampai kepada manusia atau telah sampai tetapi hanya untuk orang orang tertentu sahaja?

      Sebenarnya ....
      Petunjuk Allah telahpun sampai kepada semua umat manusia.

      Dan seruan Allah akan sampai kepada manusia melalui pelbagai cara antaranya ..

      PERTAMA
      💙💚💖💛💜

      Diturunkan Kitab AlQuran sebagai petunjuk kepada umat manusia

       💖 Firman Allah 

      فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿٣٨﴾ البقرة

      Maksudnya
      Maka ia pasti datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka barang siapa yang mengikut petunjukKu maka tiada ketakutan atas mereka dan mereka tidak akan berdukacita".
      Surah al Baqarah ayat 38

       💖 Firman Allah 

      هَـٰذَا بَيَانٌ لِّلنَّاسِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةٌ لِّلْمُتَّقِينَ
      ﴿١٣٨﴾ آل عمران

      Maksudnya
      Ini (Al-Quran) ialah penerangan kepada manusia dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang bertaqwa.
      Surah Ali Imran ayat 138

      KEDUA
      💙💚💖💛💜

      Diutuskan para Nabi dan Rasul.

      Sesungghnya Allah datangkan setiap umat seorang Rasul untuk sampaikan risalahNya kepada mereka.

       💖 Firman Allah 

      وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّـهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ ﴿ ٣٦﴾ النحل

      Maksudnya
      Dan sesungguhnya Kami telah bangkitkan setiap umat seorang Rasul menyeru mereka: "Sembahlah kamu akan Allah dan jauhilah Toghut".
      Surah an Nahlu ayat 36

      Dan untuk umat akhir zaman, Allah utuskan Nabi Muhammad s.a.w.

       💖 Firman Allah 

      وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ ﴿٢٨﴾ سبأ

      Maksudnya
      Dan tidaklah Kami utuskanmu melainkan untuk keseluruhan umat manusia sebagai pembawa khabar gembira dan pemberi amaran akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui
      Surah Saba´ ayat 28

      KETIGA
      💙💚💖💛💜

      Allah perlihatkan sendiri tanda tanda kekuasaanNya dari segenap sudut

       💖 Firman Allah 

      سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ  لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ٌ﴿ ٥٣﴾ فصلت

      Maksudnya
      Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di seriap sudut dan pada diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa AlQuran itu adalah benar.
      Surah Fusilat ayat 53

      KEEMPAT
      💙💚💖💛💜

      Di akhirat nanti, Orang orang yang kufur kepada Allah akan berkata dengan nada penuh penyesalan

       💖 Firman Allah 

      وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ  ﴿الملك: ١٠﴾

      Maksudnya
      Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan berfikir tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".
      Surah al Mulk ayat 10


      Kata kata penyesalan orang orang kafir ini memberi isyarat bahawa seruan Allah telahpun sampai kepada manusia.

      💚💛💜💖💖💖💚💛💜💚💜💖💛💙

      💚💜💖💛💙
       PENUTUP  
      💚💜💖💛💙


      Allah tidak akan biarkan Manusia berada dalam kesesatan. Oleh itu maka Allah datangkan kepada Manusia PetunjukNya.

      Pendengaran, Penglihatan dan Jantung memainkan peranan yang penting untuk menerima atau menolak Seruan Allah ini.

      Sehubungan dengan ini...
      Seruan Allah telahpun sampai kepada Manusia, tinggal lagi Manusia samada nak beriman ataupun tidak.

      Belum Sampai Seru Lagi”  
      adalah kata kata KUFUR yang seolah olah menyalahkan Allah atas apa yang terjadi.

      Oleh yang demikian, kata kata   Belum Sampai Seru Lagi
      tidak sepatutnya wujud dalam minda Orang Orang yang Beriman.

      والله أعلم

      💙💚💛💜💖💖💖💙💚💛💜

      Isnin, 17 Jun 2019

      DENGAN SIAPA BOLEH SAYA BERSALAM


      Kita telah diajar sejak dari kecil lagi agar bersalaman dengan orang yang lebih tua dari kita sebagai tanda hormat dan kasih kepada mereka.

      Sebagai sebuah agama yang menitik beratkan nilai nilai murni dan persaudaraan maka Islam memandang amalan ini satu amalan yang mulia dan terpuji.

      Sungguhpun demikian, tidak semua insan yang hadhir dalam hidup kita, boleh bersalaman dengan kita.


      SENARAI LELAKI YANG TIDAK BOLEH BERSALAM DENGAN PEREMPUAN
      1. Sepupu
      2. Ipar
      3. Biras
      4. Anak Saudara - 
      5. Bapa saudara -  
      6. Lelaki lelaki yang tiada apa apa pertalian.

        PERINCIAN 
         1. Perihal Anak Saudara  

        💚 Anak Saudara Kandung
        💖 Anak Saudara sebelah Suami
        💖 Suami kepada Anak Saudara

         2. Perihal Bapa Saudara 

        💚 Bapa Saudara Kandung
        💖 Bapa Saudara sebelah Suami
        💖 Suami kepada Emak Saudara

        Catatan ✏
        💚 Yang boleh salam
        💖 Yang TIDAK boleh salam

        TIPS ELAKKAN DIRI DARI BERSALAM 



        KENAPA KITA TIDAK BOLEH BERSALAM DENGAN MEREKA?

        Hakikatnya Mereka merupakan Orang luar yang berkahwin dengan salah seorang anggota keluarga kandung kita.

        Ini bermakna mereka BUKAN MAHRAM kita dan mereka BOLEH BERKAHWIN dengan kita.  



        💜💛💚💙💖💖💖💙💚💛💜

        Jumaat, 31 Mei 2019

        ZAKAT FITRAH


        Ibadah zakat merupakan satu tuntutan yang wajib dilaksanakan oleh umat islam.

        Zakat Fitrah disyariatkan pada tahun kedua Hijriyah iaitu bersamaan dengan tahun disyariatkan puasa Ramadhan.

        NIAT MEMBAYAR ZAKAT

        Imam Hanafi dan Imam Syafie sepakat mensyaratkan niat ketika membayar zakat.

        Namun begitu, Imam Syafie mewajibkan niat itu perlu dilafazkan.

        Adapun Imam Hanafi menyatakan cukup dengan lintasan dalam hati itu sudah dikirakan sebagai niat dan tidak perlu dilafazkan.

        Pendapat Imam Hanafi dilihat sebagai relevan terutama sekali bagi mereka yang membayar zakat secara online atau melalui mesin membayar zakat.

        MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH DENGAN DUIT

        Imam Hanafi juga membolehkan penggunaan duit yang senilai dengan kadar wajib zakat bagi makanan ruji penduduk setempat.

        Mereka menjadikan ayat dibawah ini sebagai dalil.

         💚 Firman Allah 

        لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ 

        Maksudnya
        Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai.
        Surah Ali Imran ayat 92

        Pada ayat di atas, Allah memerintahkan kita untuk menafkahkan sebahagian harta yang kita cintai.

        Harta yang paling dicintai pada masa Rasul berupa makanan, sedangkan harta yang paling dicintai pada masa sekarang adalah duit maka menunaikan zakat fitrah dalam bentuk Duit diperbolehkan.

        Imam Hanafi berpendapat bahawa penggunaan duit adalah lebih meluas lagi dari penggunaan beras

        Adapun Mazhab Maliki, Syafi’i, dan Hanbali sepakat mengatakan bahawa zakat fitrah tidak boleh diberikan kepada penerima zakat dalam bentuk wang.

        Mereka berpegangan pada hadits riwayat Abu Said:

        كُنَّا نُخْرِجُهَا عَلَى عَهْدِ رَسُوْلِ اللهِ صَاعًا مِنْ طَعَامٍ، وَكَانَ طَعَامُنَا التَّمْرُ وَالشَّعِيْرُ وَالزَّبِيْبُ وَالأَقْطُ

        Maksudnya
        Pada masa Rasulullah, kami mengeluarkan zakat fitrah sebanyak satu sha’ makanan, dan pada waktu itu makanan kami berupa kurma, gandum, anggur dan keju.”
        HR. Muslim ( 985)

        Pada hadith di atas, para sahabat Nabi tidak mengeluarkan zakat fitrah kecuali dalam bentuk makanan.

        ASNAF PENERIMA ZAKAT 


        💖 Fakir        💖 Al-Riqab
        💖 Miskin     💖 Al-Gharimin
        💖 Amil         💖 Fisabiillah
        💖 Muallaf   💖 Ibnu Sabil


        Catatan
        💙💚💖💖💖💛💜


        Anak Yatim TIDAK TERMASUK 
        dalam Asnaf melainkan 
        Anak Yatim itu menjadi salah satu daripada golongan 
        Asnaf yang lapan ini.


        والله اعلم

        💙💚💛💜💖💖💖💙💚💛💜

        Selasa, 7 Mei 2019

        SOLAT TARAWIH LAPAN ATAU DUA PULUH ?


        Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan yang Allah janjikan ganjaran pahala yang melimpah ruah kepada umat Nabi Muhammad s.a.w.

        Di bulan yang mulia ini, kita diwajibkan berpuasa.

         💙 Firman Allah 

        يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣﴾ البقرة

        Maksudnya
        Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa.
        Surah al Baqarah ayat 183

        AMALAN AMALAN SUNAT DI BULAN RAMADHAN

        Selain daripada bersedekah dan membaca AlQuran, Kita juga disunatkan menghidupkan malam Ramadhan dengan mendirikan Solat Tarawih.

        Sabda Rasulullah

        مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ - رواه البخاري و مسلم

        Maksudnya
        Barangsiapa yang melaksanakan solat malam pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan balasan pahala, maka dia akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu

        HR : Bukhari (37) dan Muslim (759)

        Tarawih dalam bahasa arab bermaksud REHAT iaitu solat yang  dilakukan dalam keadaan santai, tidak terkejar kejar dan tidak terlalu laju.

        Dinamakan Tarawih kerana Nabi memanjangkan solat dan berehat setelah dua kali salam.

        Solat Tarawih hukumnya SUNAT.
        Saidatina Aisyah meriwayatkan

        Pada suatu malam Nabi solat di masjid lalu beberapa orang bermakmum kepada Baginda. Kemudian malam berikutnya Nabi solat dan makmum bertambah banyak. Mereka pun berkumpul pada malam ketiga atau keempat namun Nabi tidak keluar. Pagi harinya, Rasulullah bersabda:

        قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ فَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنْ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ إِلَّا أَنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ قَالَ وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ رواه البخاري

        Maksudnya
        Aku telah melihat perbuatan kalian. Tidak ada yang menghalangiku untuk keluar solat bersama kalian kecuali Aku takut jika itu difardhukan atas kalian

        HR : Bukhari (3/10) dan Sahih Muslim (2/177) dari ‘Aisyah


        Namun yang menjadi isu pada setiap bulan Ramadhan ialah bilangan rakaat solat Tarawih samada ianya dilakukan
        • Lapan rakaat atau 
        • Dua puluh rakaat.

        💛💖 SOLAT TARAWIH  
        💙💚 LAPAN RAKAAT

        Mereka yang mengatakan lapan rakaat adalah bersandarkan kepada hadith Aisyah r.a

        💙 Hadith dari Aisyah 

        مَا كَانَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً وفي رواية لمسلم يُصَلِّي ثَمَانَ رَكَعَاتٍ ثُمَّ يُوتِرُ  - رواه البخاري و مسلم

        Maksudnya
        Pada bulan Ramadhan, Nabi tidak pernah melebihkan dari 11 rakaat begitu juga pada bulan lainnya. Dan pada riwayat Muslim Nabi solat lapan rakaat kemudian ia witir tiga rakaat.

        HR : Bukhari (3/59) dan Muslim (2/166) dari Aisyah

        💛💖 SOLAT TARAWIH DUA 
        💙💚 PULUH RAKAAT

        Dari as Sahib bin Yazid

        كانوا يقومون على عهد عمر في شهر رمضان بعشرين ركعة وإن كانوا ليقرءون بالمئين من القرآن

        Maksudnya
        Mereka melaksanakan Qiyamul lail di masa Umar di bulan Ramadhan sebanyak 20 raka’at. Ketika itu mereka membaca 200 ayat Al Qur’an.”

        HR : Ali bin Al Ja’d dalam musnadnya, 1/413)

        Hadits di atas juga memiliki jalur yang sama dikeluarkan oleh Imam Al Baihaqi dalam Sunan Al Kubro (2/496).

        Riwayat di atas dikuatkan lagi dengan
        • Riwayat Abdur Rozaq dalam Mushonnafnya (4/260) 
        • Riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam Mushonnafnya (2/163).

        Menurut disiplin ilmu hadith, hadith ini disebut sebagai hadith MAUQUF iaitu Hadith yang berhenti pada sahabat dan tidak bersambung kepada Rasulullah.

        Sungguhpun demikian, hadith ini boleh dijadikan sebagai sumber dalam pengambilan hukum berdasarkan kepada hujjah hujjah dibawah ini

        💟💖 HUJJAH PERTAMA
        💟
        Masalah Solat Tarawih termasuk jumlah rakaatnya bukanlah masalah ijtihadiyah dan bukan pula masalah yang bersumber dari pendapat seseorang

        💟💖 HUJJAH KEDUA
        💟
        Ijma` para sahabat Nabi.
        Ketika Ubay bin Ka`ab mengimamkan solat Tarawih sebanyak dua puluh rakaat, tidak ada seorang Sahabatpun yang membantah atau menganggapnya berlawanan dengan sunnah Nabi.

        Ini menunjukkan bahawa mereka bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Ubay bin Ka`ab.


         💚💚  Catatan   💚 💚

        Solat Tarawih ini diibaratkan seperti mengutip mutiara maka tiada had bilangan dalam mengerjakannya.

        Berbeza dengan ibadah fardhu, ianya terikat dengan apa yang telah ditentukan oleh Syarak dan tidak boleh ditokok tambah.

        Dalam hal ini tidak timbul isu bid'ah atau mengada adakan dalam urusan agama.

        Tidak semestinya dua puluh rakaat itu dilakukan sekaligus di Surau ataupun di masjid.

        Apapun Lapan atau Dua Puluh rakaat bukanlah ukuran tetapi
        • Menjaga tuma’ninah dan kekusyukan serta 
        • keikhlasan kita dalam melaksanakannya adalah satu keutamaan di sisi Allah.

        والله أعلم

        💚💛💖💙💛💜💚💛💖💙💚💛💜

        Rujukan


        💚💛💖💙💛💜💚💛💖💙💚💛💜