Selasa, 7 Januari 2020

HADITH SAHIH











AlQur'an dan alHadith merupakan dua sumber ilmu yang terdapat di dalam Islam. Segala ilmu yang bersumberkan nas-nas al-Qur'an dan al-Hadith dikenali sebagai ilmu naqli.

Kebenaran yang terkandung di dalamnya merupakan kebenaran yang bersifat mutlak dan di luar jangkaan pengetahuan manusia.

Pengumpulan hadith-hadith Nabi ﷺ sebagai sumber rujukan dimulai oleh Ali bin al-Mawafi (234H) iaitu guru kepada Imam al-Bukhari.

Bermula daripada situlah lahirnya usaha-usaha untuk memisahkan hadith-hadith yang benar dan yang palsu yang terdapat dalam masyarakat.

Ekoran itu maka lahirlah beberapa kitab Hadith yang masyhur seperti
  • al jami’ as Sahih Imam al-Bukhari 
  • al Jami’ as-Sahih Imam Muslim 

Kedua-dua kitab tersebut dikenali dengan nama as-Sahihain.

Selepas kitab ini maka lahir pula empat buah kitab yang di namakan As-Sunnan al-Arba’ah iaitu
  1. Sunan Abi Daud 
  2. Sunan Al Tirmizi 
  3. Sunan An-Nasa’i 
  4. Sunan Ibnu Majah 

Kitab-kitab as-Sahihain dan Sunan al-Arba’ah ini juga dinamakan oleh ulamak sebagai al-Kutub as-Sittah

IMAM IMAM PENGUMPUL HADITH SAHIH
  • Imam al-Bukhari (194H–256H) 
  • Imam Muslim    (206H–261H) 
  • Imam Abu Daud (202H–275H)
  • Imam at Tirmizi (209H–279H) 
  • Imam an Nasa’i (215H–303H) 
  • Imam Ibn Majjah (209H–273H)

Ternyata dalam perkembangan ilmu hadith, Imam al-Bukhari dan Imam Muslim telah mendokong pengumpulan hadith-hadith sahih yang datang daripada Nabi Muhammad ﷺ.

Kitab-kitab sahih al-Bukhari dan Muslim telah memuatkan beratus-ratus kategori dari berbagai-bagai bab yang menyentuh persoalan iman hinggalah kepada akhlak.

Penggumpulan kepelbagaian hadith-hadith ini telah banyak membantu umat Islam membuat rujukan dalam bidang-bidang yang berkenaan.

💙💚💖💖💖💛💜
HADITH SAHIH
💙💚💖💖💖💛💜

Hadith Sahih adalah hadith yang mempunyai sanad yang berhubung daripada seorang perawi kepada perawi yang lain sehingga ke akhir sanad melalui perawi-perawi yang adil dan dhabit (kuat ingatan). Hadith yang tidak syaz (janggal) dan tidak  ‘illah (cacat).

Ianya termasuk dalam senarai hadith yang diterima ( Hadith Maqbul )

SYARAT SYARAT PENERIMAAN HADITH SAHIH
  1. Perawinya hendaklah Bersifat Adil dan Dhabit iaitu mempunyai Ingatan Yang Sempurna.
  2. Sanad Hadith Bersambung 
  3. Sentiasa Berturutan, Terhindar daripada Syaz (Janggal) dan 'illah (Cacat)

💙💚💖💖💖💛💜
Catatan
💙💚💖💖💖💛💜
:
Seandainya salah satu ataupun sebahagian besar dari syarat syarat ini tidak dipenuhi maka hadith Sahih ini akan bertukar status menjadi ...

➫ HADITH HASAN

Hadith Hasan adalah hadith yang memenuhi semua syarat syarat penerimaan hadith sahih, tinggal lagi pada sanadnya terdapat perawi yang tidak dhabit (ingatan kurang sempurna).

Namun begitu ia boleh menjadi Sahih jika pada turuq (jalan) lain ada hadith yang menguatkan hadith tersebut.

Hadith Hasan juga termasuk di dalam katogeri hadith yang diterima (HADITH MAQBUL).


➫ HADITH DHAIF 

Hadith Dhaif adalah hadith yang TIDAK memenuhi syarat syarat penerimaan hadith Sahih dan ianya termasuk dalam katogeri hadith yang DITOLAK.

💙💚💖💖💖💛💜
TARAF HADITH SAHIH
💙💚💖💖💖💛💜

Imam al-Nawawi (631H - 676H) membahagikan hadith-hadith sahih itu kepada 7 bahagian, mengikut turutan antaranya:
  1. Hadith-hadith yang diriwayatkan yang disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim.
  2. Hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari sahaja..
  3. Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim sahaja.
  4. Hadith yang memenuhi syarat yang dikenakan oleh al-Bukhari dan Muslim walaupun hadith berkenaan tidak diriwayatkan oleh mereka.
  5. Hadith-hadith yang memenuhi syarat yang dikenakan oleh al Bukhari.
  6. Hadith yang memenuhi syarat yang dikenakan oleh Muslim. 
  7. Hadith yang dihukum sahih oleh imam hadith yang lain.

KITAB KITAB HADITH SAHIH

Antara kitab-kitab yang mengumpulkan Hadith hadith Sahih adalah;
  1. Sahih al-Bukhari
  2. Sahih Muslim
  3. Sahih Ibn Huzaimah
  4. Sahih ibn Hibban
  5. Al-sunan as- Sahihu li Sa’di Ibn as- Sukan


💙💚💛💜💖💖💖💛💜💙💚