Ahad, 7 Oktober 2018

KISAH NABI ADAM DIKELUARKAN DARI SYURGA



Iblis atau Azazil dahulunya adalah makhlukk Allah dari golongan jin yang paling taat. Justeru itu Allah angkat darjatnya sebagai penghulu kepada Malaikat..

Namun atas keengganannya sujud pada Adam maka Allah usir dia dari syurga.

  Firman Allah 

قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ ﴿١٣﴾ الأعراف

Maksudnya
berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".
Surah al Araf ayat 12

Tidak berpuas hati dengan kepurusan ini maka Iblis telah merancang beberapa strategi untuk mengeluarkan Adam dan Hawa dari Syurga..

Antara strategi yang digunakan Iblis adalah ...


  Menjanjikan suatu yang indah yang tak terjangkau oleh Adam

  Firman Allah 

قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَىٰ شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَّا يَبْلَىٰ  ﴿١٢٠﴾ طه

Maksudnya
Iblis telah berkata: "Wahai Adam, mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon yang kekal dan kerajaan yang tidak akan binasa?
Surah Taha ayat 120


❖ Menggunakan nama Allah dan putar belitkan fakta 

 Firman Allah 

وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَـٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ  ﴿٢٠﴾ الأعراف

Maksudnya
 Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada pokok ini, melainkan kerana Ia tidak suka kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi orang-orang yang kekal (di dalam Syurga).
Surah al A'raf ayat 20

Kaedah ini jugalah yang diguna oleh Samiri ketika ia menyesatkan umat Nabi Musa a.s.

  Firman Allah 

فَأَخْرَجَ لَهُمْ عِجْلًا جَسَدًا لَّهُ خُوَارٌ فَقَالُوا هَـٰذَا إِلَـٰهُكُمْم وَإِلَـٰهُ مُوسَىٰ فَنَسِيَ ﴿٨٨﴾ طه

Maksudnya
Maka Samiri mengeluarkan untuk mereka patung anak lembu emas yang bertubuh lagi bersuara, lalu ia berkata: "Ini tuhan kamu dan tuhan Musa, tetapi ia terlupa
Surah Taha ayat 88


❖ Bersumpah menjadi Penasihat dari Allah.

 Firman Allah 

وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ ﴿٢١﴾ الأعراف

Maksudnya
Dan ia bersumpah kepada keduanya  "Sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat kepada kamu berdua".
Surah al A'raf ayat 21

Sedang Adam tahu dan kenal siapakah Iblis yang sebenarnya

  Firman Allah 

فَقُلْنَا يَا آدَمُ إِنَّ هَـٰذَا عَدُوٌّ لَّكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَىٰ﴿ ١١٧﴾ طه

Maksudnya
Maka Kami berfirman: "Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu janganlah ia mengeluarkan kamu berdua dari Syurga maka engkau (dan isterimu) akan celaka.
Surah Taha ayat 117

  Mendatangkan hujjah yang menipu dayakan Adam

  Firman Allah 

فَدَلَّاهُمَا بِغُرُورٍ ٌ  ﴿ ٢٢﴾ الأعراف

Maksudnya
Maka Iblis memberi dalil yang menipu dayakan kepada Adam dan Hawa
Surah al Araf ayat 22

Akhirnya Adam terpedaya dengan kata kata Iblis lalu memakan buah pohon itu maka.... .

  Firman Allah 

وَعَصَىٰ آدَمُ رَبَّهُ فَغَوَىٰ  ﴿١٢١﴾ طه

Maksudnya
Dan telah derhaka Adam kepada Tuhannya maka telah tersesat ia
Surah Taha ayat 121

Maka dengan ini Iblis telah ...
  Firman Allah 


فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ ﴿٣٦﴾البقرة

Maksudnya
Maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga maka mereka dikeluarkan dari apa yang mereka telah kecapi di dalamnya
Surah al Baqarah ayat 36

  PENGAJARAN DARI KISAH INI  
  • Musuh Islam akan menggunakan cara cara di atas umat Islam.
  • Barang siapa yang berpaling daripada peringatan Allah maka sesungguhnya telah sesat ia kesesatan yang nyata.


Rabu, 5 September 2018

ZALIM


Perkataan Zalim  memang sudah tidak asing bagi masyarakat kita dan kalimah ini telah disebut banyak kali di dalam kitab suci alQuran.

🍒 Firman Allah 

إِنَّ اللَّـهَ لَا يَظْلِمُ النَّاسَ شَيْئًا وَلَـٰكِنَّ النَّاسَ أَنفُسَهُمْ  يَظْلِمُونَ ﴿يونس: ٤٤﴾

Maksudnya
Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikitpun, akan tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri.
Surah Yunus ayat 44

🍒 Firman Allah 


وَمَا كُنَّا مُهْلِكِي الْقُرَىٰ إِلَّا وَأَهْلُهَا ظَالِمُونَ ﴿القصص: ٥٩﴾

Maksudnya
Dan tidaklah Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.
Surah al Qasas ayat 56

🍒 Firman Allah 

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّـهِ كَذِبًا أَوْ كَذَّبَ بِآيَاتِهِ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُون َ﴿ ٢١﴾ الأنعام

Maksudnya
Dan siapakah yang lebih zalim dari orang yang mengada-adakan atas Allah kedustaan atau yang mendustakan ayat-ayatNya? Sesungguhnya tidak akan berjaya orang-orang yang zalim itu .
Surah al Anam ayat 21

SYIRIK KEPADA ALLAH ADALAH SATU KEZALIMAN  

🍒 Firman Allah 

الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُم بِظُلْمٍ أُولَـٰئِكَ لَهُمُ الْأَمْنُ وَهُم مُّهْتَدُونَ ﴿الأنعام: ٨٢﴾

Maksudnya
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman, mereka itulah bagi mereka keamanan itu dan mereka itulah orang-orang yang berpetunjuk.
Surah al An'am ayat 82

Tatkala turun ayat di atas  para sahabat mulai gusar lalu mereka bertanyakan perkara ini kepada Nabi saw.
Mereka berkata

يا رسول الله ، فأينا لا يظلم نفسه؟ 

Maksudnya
Wahai Rasulullah Yang mana satukah di antara kami yang tidak menzalimi dirinya
HR : Muslim

Maka Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan ZALIM itu ialah SYIRIK kepada Allah berdasarkan firman Allah dalam Surah Luqman ayat 13.

Sabda Rasulullah

إنه ليس الذي تعنون! ألم تسمعوا ما قال العبد الصالح ﴿ يا بني لا تشرك بالله إن الشرك لظلم عظيم ﴾ إنما هو الشرك

Maksudnya
Sesungguhnya ia bukanlah seperti yang kamu fikirkan. Adakah kamu tidak mendengar Orang Soleh pernah berkata Wahai anak kesayanganku Janganlah Engkau Syirik kepada Allah Sesungguhnya Syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.
Sesungguhnya ia adalah Syirik
HR : Muslim

Rujukan Hadith : Sila klik di sini

Maka maksud tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman itu adalah tidak mencampur adukkan iman mereka dengan amalan amalan SYIRIK.

Dan Allah sediakan bagi Orang orang yang zalim itu azab yang pedih

🍒 Firman Allah 

وَأَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ عَذَابًا أَلِيمًا ﴿الفرقان: ٣٧﴾

Maksudnya
Dan Kami sediakan bagi Oang oang yang zalim azab yang pedih.
Surah al Furqan ayat 37