Selasa, 7 Mei 2019

SOLAT TARAWIH LAPAN ATAU DUA PULUH ?


Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan yang Allah janjikan ganjaran pahala yang melimpah ruah kepada umat Nabi Muhammad s.a.w.

Di bulan yang mulia ini, kita diwajibkan berpuasa.

 💙 Firman Allah 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣﴾ البقرة

Maksudnya
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa.
Surah al Baqarah ayat 183

AMALAN AMALAN SUNAT DI BULAN RAMADHAN

Selain daripada bersedekah dan membaca AlQuran, Kita juga disunatkan menghidupkan malam Ramadhan dengan mendirikan Solat Tarawih.

Sabda Rasulullah

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ - رواه البخاري و مسلم

Maksudnya
Barangsiapa yang melaksanakan solat malam pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan balasan pahala, maka dia akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu

HR : Bukhari (37) dan Muslim (759)

Tarawih dalam bahasa arab bermaksud REHAT iaitu solat yang  dilakukan dalam keadaan santai, tidak terkejar kejar dan tidak terlalu laju.

Dinamakan Tarawih kerana Nabi memanjangkan solat dan berehat setelah dua kali salam.

Solat Tarawih hukumnya SUNAT.
Saidatina Aisyah meriwayatkan

Pada suatu malam Nabi solat di masjid lalu beberapa orang bermakmum kepada Baginda. Kemudian malam berikutnya Nabi solat dan makmum bertambah banyak. Mereka pun berkumpul pada malam ketiga atau keempat namun Nabi tidak keluar. Pagi harinya, Rasulullah bersabda:

قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ فَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنْ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ إِلَّا أَنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ قَالَ وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ رواه البخاري

Maksudnya
Aku telah melihat perbuatan kalian. Tidak ada yang menghalangiku untuk keluar solat bersama kalian kecuali Aku takut jika itu difardhukan atas kalian

HR : Bukhari (3/10) dan Sahih Muslim (2/177) dari ‘Aisyah


Namun yang menjadi isu pada setiap bulan Ramadhan ialah bilangan rakaat solat Tarawih samada ianya dilakukan
  • Lapan rakaat atau 
  • Dua puluh rakaat.

💛💖 SOLAT TARAWIH  
💙💚 LAPAN RAKAAT

Mereka yang mengatakan lapan rakaat adalah bersandarkan kepada hadith Aisyah r.a

💙 Hadith dari Aisyah 

مَا كَانَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً وفي رواية لمسلم يُصَلِّي ثَمَانَ رَكَعَاتٍ ثُمَّ يُوتِرُ  - رواه البخاري و مسلم

Maksudnya
Pada bulan Ramadhan, Nabi tidak pernah melebihkan dari 11 rakaat begitu juga pada bulan lainnya. Dan pada riwayat Muslim Nabi solat lapan rakaat kemudian ia witir tiga rakaat.

HR : Bukhari (3/59) dan Muslim (2/166) dari Aisyah

💛💖 SOLAT TARAWIH DUA 
💙💚 PULUH RAKAAT

Dari as Sahib bin Yazid

كانوا يقومون على عهد عمر في شهر رمضان بعشرين ركعة وإن كانوا ليقرءون بالمئين من القرآن

Maksudnya
Mereka melaksanakan Qiyamul lail di masa Umar di bulan Ramadhan sebanyak 20 raka’at. Ketika itu mereka membaca 200 ayat Al Qur’an.”

HR : Ali bin Al Ja’d dalam musnadnya, 1/413)

Hadits di atas juga memiliki jalur yang sama dikeluarkan oleh Imam Al Baihaqi dalam Sunan Al Kubro (2/496).

Riwayat di atas dikuatkan lagi dengan
  • Riwayat Abdur Rozaq dalam Mushonnafnya (4/260) 
  • Riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam Mushonnafnya (2/163).

Menurut disiplin ilmu hadith, hadith ini disebut sebagai hadith MAUQUF iaitu Hadith yang berhenti pada sahabat dan tidak bersambung kepada Rasulullah.

Sungguhpun demikian, hadith ini boleh dijadikan sebagai sumber dalam pengambilan hukum berdasarkan kepada hujjah hujjah dibawah ini

💟💖 HUJJAH PERTAMA
💟
Masalah Solat Tarawih termasuk jumlah rakaatnya bukanlah masalah ijtihadiyah dan bukan pula masalah yang bersumber dari pendapat seseorang

💟💖 HUJJAH KEDUA
💟
Ijma` para sahabat Nabi.
Ketika Ubay bin Ka`ab mengimamkan solat Tarawih sebanyak dua puluh rakaat, tidak ada seorang Sahabatpun yang membantah atau menganggapnya berlawanan dengan sunnah Nabi.

Ini menunjukkan bahawa mereka bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Ubay bin Ka`ab.


 💚💚  Catatan   💚 💚

Solat Tarawih ini diibaratkan seperti mengutip mutiara maka tiada had bilangan dalam mengerjakannya.

Berbeza dengan ibadah fardhu, ianya terikat dengan apa yang telah ditentukan oleh Syarak dan tidak boleh ditokok tambah.

Dalam hal ini tidak timbul isu bid'ah atau mengada adakan dalam urusan agama.

Tidak semestinya dua puluh rakaat itu dilakukan sekaligus di Surau ataupun di masjid.

Apapun Lapan atau Dua Puluh rakaat bukanlah ukuran tetapi
  • Menjaga tuma’ninah dan kekusyukan serta 
  • keikhlasan kita dalam melaksanakannya adalah satu keutamaan di sisi Allah.

والله أعلم

💚💛💖💙💛💜💚💛💖💙💚💛💜

Rujukan


💚💛💖💙💛💜💚💛💖💙💚💛💜

Tiada ulasan:

Catat Ulasan