Namun atas keengganannya sujud pada Adam maka Allah usir dia dari syurga.
Firman Allah
قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ ﴿١٣﴾ الأعراف
Maksudnya
berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".
Surah al Araf ayat 12
Tidak berpuas hati dengan kepurusan ini maka Iblis telah merancang beberapa strategi untuk mengeluarkan Adam dan Hawa dari Syurga..
Antara strategi yang digunakan Iblis adalah ...
❖ Menjanjikan suatu yang indah yang tak terjangkau oleh Adam
Firman Allah
قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَىٰ شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَّا يَبْلَىٰ ﴿١٢٠﴾ طه
Maksudnya
Iblis telah berkata: "Wahai Adam, mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon yang kekal dan kerajaan yang tidak akan binasa?
Surah Taha ayat 120
❖ Menggunakan nama Allah dan putar belitkan fakta
Firman Allah
وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَـٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ ﴿٢٠﴾ الأعراف
Maksudnya
Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada pokok ini, melainkan kerana Ia tidak suka kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi orang-orang yang kekal (di dalam Syurga).
Surah al A'raf ayat 20
Kaedah ini jugalah yang diguna oleh Samiri ketika ia menyesatkan umat Nabi Musa a.s.
Firman Allah
فَأَخْرَجَ لَهُمْ عِجْلًا جَسَدًا لَّهُ خُوَارٌ فَقَالُوا هَـٰذَا إِلَـٰهُكُمْم وَإِلَـٰهُ مُوسَىٰ فَنَسِيَ ﴿٨٨﴾ طه
Maksudnya
Maka Samiri mengeluarkan untuk mereka patung anak lembu emas yang bertubuh lagi bersuara, lalu ia berkata: "Ini tuhan kamu dan tuhan Musa, tetapi ia terlupa
Surah Taha ayat 88
❖ Bersumpah menjadi Penasihat dari Allah.
Firman Allah
وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ ﴿٢١﴾ الأعراف
Maksudnya
Dan ia bersumpah kepada keduanya "Sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat kepada kamu berdua".
Surah al A'raf ayat 21
Sedang Adam tahu dan kenal siapakah Iblis yang sebenarnya
Firman Allah
فَقُلْنَا يَا آدَمُ إِنَّ هَـٰذَا عَدُوٌّ لَّكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَىٰ﴿ ١١٧﴾ طه
Maksudnya
Maka Kami berfirman: "Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu janganlah ia mengeluarkan kamu berdua dari Syurga maka engkau (dan isterimu) akan celaka.
Surah Taha ayat 117
❖ Mendatangkan hujjah yang menipu dayakan Adam
Firman Allah
فَدَلَّاهُمَا بِغُرُورٍ ٌ ﴿ ٢٢﴾ الأعراف
Maksudnya
Maka Iblis memberi dalil yang menipu dayakan kepada Adam dan Hawa
Surah al Araf ayat 22
Akhirnya Adam terpedaya dengan kata kata Iblis lalu memakan buah pohon itu maka.... .
Firman Allah
وَعَصَىٰ آدَمُ رَبَّهُ فَغَوَىٰ ﴿١٢١﴾ طه
Maksudnya
Dan telah derhaka Adam kepada Tuhannya maka telah tersesat ia
Surah Taha ayat 121
Maka dengan ini Iblis telah ...
Firman Allah
فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ ﴿٣٦﴾البقرة
Maksudnya
Maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga maka mereka dikeluarkan dari apa yang mereka telah kecapi di dalamnya
Surah al Baqarah ayat 36
PENGAJARAN DARI KISAH INI
- Musuh Islam akan menggunakan cara cara di atas umat Islam.
- Barang siapa yang berpaling daripada peringatan Allah maka sesungguhnya telah sesat ia kesesatan yang nyata.