Selasa, 14 April 2020

ASAL KEJADIAN IBLIS

Sebut sahaja nama Iblis semua orang akan kenal dan tahu akan kisahnya.

Iblis atau nama asalnya Azazil merupakan makhluk Allah yang derhaka lagi kufur kepada Tuhannya.

Ia digelar Iblis setelah ia enggan sujud kepada Nabi Adam as.

 ๐Ÿ’œ Firman Allah 

ู‚ُู„ْู†َุง ู„ِู„ْู…َู„َุงุฆِูƒَุฉِ ุงุณْุฌُุฏُูˆุง ู„ِุขุฏَู…َ ูَุณَุฌَุฏُูˆุง ุฅِู„َّุง ุฅِุจْู„ِูŠุณَ ู„َู…ْ ูŠَูƒُู† ู…ِّู†َ ุงู„ุณَّุงุฌِุฏِูŠู†َ ﴿ูกูก﴾ ุงู„ุฃุนุฑุงู

Maksudnya
kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam” lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidak termasuk dalam golongan yang sujud.
Surah al A’raf ayat 11

Perkataan Iblis berasal dari kalimah arab “ablasa” yang bermaksud putus dari rahmat Allah.

Di dalam AlQuran, perkataan Iblis diulang sebut sebanyak sebelas kali dan kisahnya bersama Nabi Adam terdapat pada tujuh tempat di dalam AlQuran iaitu pada
  1. Surah al Baqarah
  2. Surah al A’raf
  3. Surah al Hijr
  4. Surah al Isra’
  5. Surah al Kahfi
  6. Surah Taha dan 
  7. Surah Sod.

IBLIS SEBELUM NABI ADAM DICIPTA

Iblis dahulu merupakan hamba Allah yang sangat taat dan kuat beribadah.

Menurut kitab tafsir Munir dan Showi, Iblis beribadah pada Allah dalam masa 80 000 tahun, tawaf di Baitul Makmur dan Arasy selama 14 000 tahun. Tiada satu tempatpun di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya kepada Allah SWT.

Lantaran itu Iblis begitu dihormati para Malaikat di langit pertama hingga di langit ketujuh dan Allah angkat darjatnya menjadi penghulu kepada Malaikat.

HAKIKAT PENCIPTAAN IBLIS 

Dalam al Quran banyak sekali ayat ayat yang mengaitkan Iblis dengan Malaikat.

Hakikatnya Iblis bukan dari golongan Malaikat tetapi ia adalah dari golongan Jin

 ๐Ÿ’œ Firman Allah 

ูˆَุฅِุฐْ ู‚ُู„ْู†َุง ู„ِู„ْู…َู„َุงุฆِูƒَุฉِ ุงุณْุฌُุฏُูˆุง ู„ِุขุฏَู…َ ูَุณَุฌَุฏُูˆุง ุฅِู„َّุง ุฅِุจْู„ِูŠุณَ ูƒَุงู†َ ู…ِู†َ ุงู„ْุฌِู†ِّ ูَูَุณَู‚َ ุนَู†ْ ุฃَู…ْุฑِ ุฑَุจِّู‡ِ    ﴿ูฅู ﴾ ุงู„ูƒู‡ู

Maksudnya
Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam” lalu mereka sujud melainkan iblis ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya.
Surah al Kahfi ayat 50

Ini dikuatkan lagi dengan pengakuan Iblis

 ๐Ÿ’œ Firman Allah 

ู‚َุงู„َ ุฃَู†َุง ุฎَูŠْุฑٌ ู…ِّู†ْู‡ُ ۖ ุฎَู„َู‚ْุชَู†ِูŠ ู…ِู† ู†َّุงุฑٍ ูˆَุฎَู„َู‚ْุชَู‡ُ ู…ِู† ุทِูŠู†ٍ ﴿ูงูฆ﴾ ุต

Maksudnya
Iblis berkata “Aku lebih baik daripadanya (Adam), Engkau
jadikanku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah”.
Surah Sod ayat 76

Siapa lagi makhluk Allah yang dicipta dari api kalau bukan JIN?

 ๐Ÿ’œ Firman Allah 

ูˆَุงู„ْุฌَุงู†َّ ุฎَู„َู‚ْู†َุงู‡ُ ู…ِู† ู‚َุจْู„ُ ู…ِู† ู†َّุงุฑِ ุงู„ุณَّู…ُูˆู…ِ ﴿ูขูง﴾ ุงู„ุญุฌุฑ

Maksudnya
Dan Jin Kami ciptakannya dari dahulu lagi daripada api yang sangat panas
Surah al Hijr ayat 27

Dari keterangan di atas jelaslah kepada kita bahawa Iblis dari golongan Jin.

Allah angkat darjatnya menjadi penghulu kepada Malaikat adalah kenana ketaatannya kepada Allah suatu ketika dahulu.

Di atas kemuliaan inilah telah menjadikan Iblis semakin sombong, lupa asal usul dan kufur dengan Tuhannya.

 ๐Ÿ’œ Firman Allah 

ูˆَุฅِุฐْ ู‚ُู„ْู†َุง ู„ِู„ْู…َู„َุงุฆِูƒَุฉِ ุงุณْุฌُุฏُูˆุง ู„ِุขุฏَู…َ ูَุณَุฌَุฏُูˆุง ุฅِู„َّุง ุฅِุจْู„ِูŠุณَ ุฃَุจَู‰ٰ ูˆَุงุณْุชَูƒْุจَุฑَ ูˆَูƒَุงู†َ ู…ِู†َ ุงู„ْูƒَุงูِุฑِูŠู†َ﴿ูฃูค﴾ ุงู„ุจู‚ุฑุฉ

Maksudnya
Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya sujud melainkan Iblis; ia enggan dan takbur dูงุงan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
Surah al Baqarah ayat 34

Akibatnya, Iblis telah diusir dari syurga dan dicampak ke dalam neraka.

 ๐Ÿ’œ Firman Allah 

ู‚َุงู„َ ุงุฎْุฑُุฌْ ู…ِู†ْู‡َุง ู…َุฐْุกُูˆู…ًุง ู…َّุฏْุญُูˆุฑًุง ู„َّู…َู† ุชَุจِุนَูƒَ ู…ِู†ْู‡ُู…ْ ู„َุฃَู…ْู„َุฃَู†َّ ุฌَู‡َู†َّู…َ ู…ِู†ูƒُู…ْ ุฃَุฌْู…َุนِูŠู†َ ﴿ูกูจ﴾ ุงู„ุฃุนุฑุงู

Maksudnya
Allah berfirman: “Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina lagi terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang mengikutmu sudah  pasti aku akan penuhkan neraka jahanam daripada kamu semuanya
Surah al A’raf ayat 18

ALLAH LANJUTKAN USIA IBLIS

Setelah diperintah keluar dari Syurga maka Iblis minta Allah berikannya tempoh waktu (panjang umur) sehingga ke hari kiamat

Lalu Allah merperkenankan permintaan Iblis ini

 ๐Ÿ’œ Firman Allah 

ู‚َุงู„َ ูَุฅِู†َّูƒَ ู…ِู†َ ุงู„ْู…ُู†ุธَุฑِูŠู†َ ﴿ูฃูง﴾ ุงู„ุญุฌุฑ

Maksudnya
Allah berfirman: “Maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh”.
Surah al Hijr ayat 27

Selain daripada Iblis terdapat empat lagi makhluk yang Allah panjangkan umur mereka iaitu
  • Malaikat 
  • Ya’juj dan Ma’juj   
  • Dajjal 
  • Nabi Isa as

ูˆุงู„ู„ู‡ ุงุนู„ู…

๐Ÿ’œ๐Ÿ’›๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’š๐Ÿ’™