Isnin, 10 Julai 2017

ORANG ORANG YANG RUGI


Tahukah anda Siapakah dia Orang orang rugi itu ?

 : : Firman Allah 

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا ﴿الكهف: ١٠٣﴾

Maksudnya
Katakanlah "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amalannya?
Surah Al Kahfi ayat 103

Mereka adalah..

 : : Firman Allah 

الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا ﴿الكهف: ١٠٤﴾

Maksudnya
Orang-orang yang telah sia-sia usaha mereka pada kehidupan dunia ini dan mereka menyangka bahawa mereka melakukan sebaik baik amalan".
Surah Al Kahfi ayat 104

Dalam ayat lain menyebut  "mereka menyangka bahawa mereka adalah Orang orang yang berpetunjuk"

 : : Firman Allah 

وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُم مُّهْتَدُونَ ﴿الأعراف: ٣٠﴾

Maksudnya
mereka menyangka bahawa mereka adalah Orang orang yang berpetunjuk.
Surah al A'raf ayat 30

Bagaimana boleh jadi begini ?
Jawapannya kerana Syaitan telah menghiasi amalan amalan mereka.

 : : Firman Allah 

وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ﴿الأنعام: ٤٣﴾

Maksudnya
Dan Syaitan menghiasi apa yang mereka lakukan.
Surah al An'am ayat 43

Mereka ini, apabila diseru kepada Allah mereka akan berkata...

 : : Firman Allah 

قَالُوا حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ  ﴿المائدة: ١٠٤﴾

Maksudnya
"Cukuplah apa yang kami dapat dari datuk nenek kami, sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak berpetunjuk.
Surah al Maidah ayat 104

Sesungguhnya mereka telah merungkai perjanjian mereka dengan Allah maka gugurlah segala amalan mereka di dunia dan di akhirat

 : : Firman Allah 

أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَا لَهُم مِّن نَّاصِرِينَ 
﴿آل عمران: ٢٢﴾

Maksudnya
Mereka itulah orang-orang yang telah gugur amaln mereka di dunia dan di akhirat dan tiada bagi mereka Orang orang yang menolongan.
Surah Ali Imran ayat 22

  : :   Justeru itu ...    

Mahukah kita menjadi orang orang seperti ini.... Renung renungkanlah.

Disediakan oleh...
Haji Jim Nun al Urduni
Akademi AlQuran Annajah
Ampang,
Selangor.

🍏🌹🍎🌻🍇🍑🍊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan