Khamis, 15 Jun 2017

SIFAT ORANG BERIMAN - KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT


 : : Firman Allah   

إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّـهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَن يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ﴿النور: ٥١

Maksudnya
Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada  Allah dan RasulNya supaya berhukum antara mereka hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Surah anNur ayat 51

Dalam erti kata lain....
Tidak meletakkan perintah Allah atas lojik sendiri. Cuba Kita lihat pada kisah kisah dibawah iniquitous

1 KISAH MARIYAM BINTI IMRAN

Mariyam yang diperintahkan menggoncangkan pokok kurma sedangkan pada ketika itu beliau dalam keadaan lemah selepas melahirkan Nabi Isa a.s.

 : : Firman Allah   

وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا ﴿٢٥

Maksudnya
Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.
Surah Mariyam ayat 25

Apalah daya seorang wanita yang lepas melahirkan anak menggoncangkan pokok kurma.

ikutkan lojik akal memang tidak lojik tapi ini adalah perintah Allah maka ....

Ini adalah kerana manusia itu dicipta dalam Jahil lagi tidak berilmu.

 : : Firman Allah   

وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا ﴿الإسراء: ٨٥

Maksudnya
Dan kamu tidak diberikan ilmu melainkan sedikit sahaja".
Surah al Isra' ayat 85

➬ KISAH NABI MUSA A.S. DAN TONGKAT

Sungguhpun Nabi Musa berjaya membebaskan Bani Israil dari cengkaman Firaun namun Bani Israil terpaksa mengharungi padang pasir yang kering kontang.

Dalam keadaan panas terik dan tiada bekalan air maka Allah memerintahkan Nabi Musa a.s. memukul batu dengan tongkatnya.

Kalau ikut lojik memang tidak lojik apatah lagi dalam keadaan terlalu dahaga.. namun ini adalah perintah Allah maka terpancarlah dua belas mata air.

 : : Firman Allah   

وَإِذِ اسْتَسْقَىٰ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ فَقُلْنَا اضْرِب بِّعَصَاكَ الْحَجَر َفَانفَجَرَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًا  ﴿البقرة: ٦٠

Maksudnya
Dan ingatlah ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu", lalu terpancarlah dari batu itu dua belas mata air.
Surah alBaqarah ayat 60


➬ KEENGGANAN IBLIS SUJUD PADA ADAM

Jangan jadi seperti iblis yang mengukur perintah Allah dengan lojik akalnya sendiri

 : : Firman Allah   

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ﴿الأعراف: ١٢

Maksudnya
Allah berfirman: "Apakah yang menghalangmu daripada sujud ketika Aku perintahkanmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau jadikanku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."
Surah al'Araf ayat 12

Ikut lojik... memang betul kata kata Iblis itu tapi ini bukan masalah lojik ataupun tidak.
Ini adalah perintah Allah.. kita tak boleh nak ikutkan lojik semata mata. Akibatnya.....

 : : Firman Allah   

 قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ ﴿الأعراف: ١٣

Maksudnya
Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya, oleh itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".
Surah al A'raf ayat  13

Dalam perkara ini manusia tiada pilihan lain melainkan tunduk patuh kepada perintah Allah

 : : Firman Allah   

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّـهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا   ﴿الأحزاب: ٣٦

Maksudnya
Dan tidak harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan satu urusan akan ada bagi mereka pilihan lain dari urusan mereka. Dan barang siapa yang engkar kepada Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.
Surah al Ahzab ayat 36

Disediakan oleh...
Haji Jim Nun al Urduni
Akademi AlQuran Annajah
Ampang,
Selangor.

🍏🌹🍎🌻🍇🍑🍊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan