Selasa, 20 Jun 2017

KISAH NABI ADAM DIKELUARKAN DARI SYURGA


Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa dahulunya adalah penghuni syurga.
Firman Allah

وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَـٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ ﴿البقرة: ٣٥

Maksudnya
Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; maka kamu akan menjadi orang-orang yang zalim
Surah alBaqarah ayat 35

Di dalam syurga, Nabi Adam telah diberitahu tentang pohon larangan dan  siapa dia iblis.
Firman Allah

فَقُلْنَا يَا آدَمُ إِنَّ هَـٰذَا عَدُوٌّ لَّكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَىٰ ﴿طه: ١١٧

Maksudnya
Maka Kami berkata: "Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuhmu dan isterimu, oleh itu janganlah ia mengeluarkan kamu berdua dari Syurga, maka engkau akan celaka.
Surah Taha ayat 117

Suatu ketika Iblis berkata kepada Nabi Adam.
Firman Allah

قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَىٰ شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَّا يَبْلَىٰ  ﴿طه: ١٢٠﴾

Maksudnya
Iblis telah berkata: "Wahai Adam, mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon yang kekal dan kerajaan yang tidak akan binasa?
Surah Taha ayat 120

Dengan menggunakan nama Allah, Iblis berkata
Firman Allah

وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَـٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ ﴿الأعراف: ٢٠﴾

Maksudnya
 "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada pokok ini, melainkan kerana Ia tidak suka kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi orang-orang yang kekal (di dalam Syurga).
Surah al A'raf ayat 20

Seterusnya, Iblis bersumpah dan berkata....
Firman Allah

وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ ﴿الأعراف: ٢١﴾

Maksudnya
Dan ia bersumpah kepada keduanya  "Sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat kepada kamu berdua".
Surah al A'raf ayat 21

Akhirnya......
Firman Allah

وَعَصَىٰ آدَمُ رَبَّهُ فَغَوَىٰ﴿طه: ١٢١﴾

Maksudnya
Dan telah derhaka Adam akan TuhanNya maka telah tersesat ia
Surah Taha ayat 121

PENGAJARAN DARI KISAH INI*🖌
  • Musuh Islam akan menggunakan nama *Allah* dan nama *Rasulullah* untuk menyesatkan umat Islam.
  • Barang siapa yang berpaling daripada peringatan Allah maka sesungguhnya telah sesat ia kesesatan yang nyata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan